Prequel 3 : Pertemuan pertama Si Kembar Gemini.

68 10 22
                                    

"Apa yang tak diingini, itu juga yang berlaku!!" keluh Cik Hal.

Mengalir airmatanya bila Leman datang beritahu abang telah dihantar ke hospital dengan ambulans. Namun dia tetap bergegas bersiap menunggang motornya ke hospital dengan beg pakaian abang. Dia tahu abang akan di tahan di wad selama tiga atau empat hari. Bukan kali ni baru terjadi. Kali terakhir pada dua minggu sudah.

Abang selalu beringat untuk tidak lasak di atas padang. Waktu tu bola atas dihantar kepadanya. Bukanlah tinggi mana tetapi ada pemain lawan menyerbu. Tiba-tiba mungkin kerana tindakan spontan muscle memory, abang tiba-tiba menggunakan kepalanya menanduk bola buat hantaran ke rakan sepasukan. Maka mulalah insiden kesengsaraan baginya.

Dia terus jatuh tertiarap. Tiada keluhan suara cuma tangan kanannya memukul-mukul tanah dan menarik-narik rumput. Buat seketika tiada siapa yang pedulikannya. Tapi Wan, pemain paling hampir tapi di pihak lawan melihat seperti sesuatu yang tidak kena, terus merapatinya sebelum menjerit "Tolong! Tolong! Ada cedera ni!!" membuatkan semua berhenti dan meluru ke arah Wan.

Sesampai Cik Ha di hospital, dia terus ke wad kecemasan. Abang baru habis menjalani x-ray. Tiada apa yang patah, cuma urat nya tertekan dengan tulang cervical nya menyebabkan kesakitan dan urat lehernya tegang.

Ketika berjumpa abang sekejap, dia sudahpun diberi morfin .... ubat tahan sakit. Dia diam sahaja. Tahu kesalahannya. Mukanya saja je. Muka tak makan saman. Dia tak tau orang risaukan nya. Rasa nak dilempangkan saja budak ni.

Dr wad kecemasan mengarahkan abang dihantar ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Terpaksalah Cik Ha menandatangani surat persetujuan dan mengiringi abang ke wad.

Setelah abang dialihkan di atas katil, tanpa berlengah-lengah Cik Ha mulakan syarahan perdananya. Abang tak boleh mengelak dengan berpaling kerana lehernya telah dipakaikan neck supporter. Terpaksalah abang hadap bebelan Cik Ha sehingga lah Dr dari Jabatan Orthopadik tiba.

Cik Ha beritahu abang dia akan datang esok pukul dua petang (shif kerjanya). Ibu dan kakaknya akan datang waktu melawat petang karang. Cik Ha tidak risau kerana abang sudah biasa duduk di wad. Itu lah akibat tidak makan nasihat orang.

Malam ke dua di wad, abang terasa sangat mengantuk. Padahal baru pukul 8.30 malam. Selalunya dia agak sukar tidur di hospital kerana boring. Entah, mungkin kerana terlalu kenyang makan makanan yang ibunya bawak. Makan siap bersuap pula tu. Tapi dalam keadaan tengkok nya sakit, dia mengalami kesukaran untuk menelan makanan.

Ketika Cik Ha yang berkerja shif malam melawatnya pada jam 10 malam dia sudah nyenyak tidur. Tidak sedar Cik Ha membetulkan selimut nya dan memberikan goodnight kiss.

Selang dua jam Cik Ha melawat abang untuk melihat keadaannya. Sama.... Nyenyak tidur. Tetapi lawatannya selepas itu pada jam 2 pagi, lain pula terjadi. Kelihatan katil abang di kelilingi Dr dan beberapa jururawat.

Abang mengalami kesakitan kuat pada lehernya mungkin kerana pergerakannya yang tidak sedar ketika tidur. Ketika abang mengerang sakit, makcik yang menjaga suaminya di katil sebelah memanggil jururawat.

Ketika Cik Ha sampai, jururawat sedang membuat persediaan untuk memberikan suntikan yang mengandungi morfin kepada abang.

Selang beberapa minit suntikan kedua di beri.

Setelah keadaan tenang, Dr arahkan jururawat membawa abang melakukan x-ray.

Pada pukul 3.15 abang sudah pun balik terbaring di atas katilnya. Cik Ha merapati abang yang sudah tidur dan membetulkan selimutnya.

Pada jam 6 pagi, abang tersedar. Telinganya terasa sebu. Dia tidak dapat mendengar apa-apa bunyi. Sunyi. Tengkuknya pun tidak terasa sakit lagi. Abang bangun dan duduk kemudian menoleh ke kiri kanan.

Tiba-tiba tanpa diarah, kakinya melangkah turun dari katil, berjalan ke arah pintu masuk wad. Ada 2 jururawat yang sibuk menulis laporan kerana shift mereka akan tamat jam 7 pagi. Tiada sorang pun yang menegurnya.

Abang berjalan melintasi mereka kearah koridor di luar wad pesakit lelaki. Kemudian kakinya pergi ke arah tangga dan menuruni dua tingkat anak tangga. Di hadapannya adalah wad bersalin.

Kaki abang melangkah masuk. Di kanannya adalah katil-katil ibu yang menunggu masa bersalin dan selepas bersalin. Di tengah wad ditempatkan ruang kerja untuk jururawat. Kelihatan Cik Ha sedang sibuk menulis. Di sebelah kiri abang, ada bilik yang menempatkan incubator untuk bayi yang baru lahir. Pada dinding di atas pintu masuk bilik itu, jam menunjukkan waktu menghampiri 6.12 pagi.

Kaki abang melangkah masuk tanpa menghiraukan Cik Ha. Dia berjalan dan berhenti pada incubator ke tiga.
Ada seorang bayi di dalamnya dibawah sinar lampu fototerapi (biru). Abang lihat mata bayi itu ditutupi dengan sehelai kain. Abang berdiri memerhatikan bayi tersebut. Terasa sayang dan kasihan di hati abang.

 Terasa sayang dan kasihan di hati abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba abang terasa perasan yang tidak enak pada dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tiba-tiba abang terasa perasan yang tidak enak pada dirinya.

Kepalanya mula sakit. Perut terasa mual. Mata mula perit. Tengkuknya mula sakit. Tetapi abang masih tidak berganjak. Tiba-tiba bayi tersebut seperti mengukir senyuman ... Seperti di usik oleh kembar uri nya.

Seperti tidak berfikir, tangan abang menyentuh bayi tersebut. Perasaan yang tidak enak tadi bertambah. Terasa sakit. Kesakitan melampau. Dia cuba menarik tangannya tetapi gagal. Mukanya seperti terpaksa menghampiri pipi bayi tersebut sebelum hidungnya dapat menghidu bayi tersebut dan mulut nya memberikan satu ciuman.

Abang bergasak dengan tarikan kuat dari bayi tersebut seumpama tarikan magnet kuat. Akhirnya dia terlepas dan terpaling kebelakang dan jatuh. Abang bangun dan bingkas berlari takut. Lari melintasi ruang kerja Cik Ha, keluar dari wad bersalin. Lari memanjat tangga dua tingkat. Lari masuk ke wadnya. Lari terus melompat ke atas katilnya. Sehingga tiba-tiba terdengar suara Cik Ha ... Abang... Abang.... Bangun.... Terdengar suara Cik Ha melaungkan azan sebelum matanya terbuka.

Nafasnya kencang seperti orang lepas berlari. Berpeluh satu badan. Tiba-tiba abang seperti orang meracau menjerit "Sakitttt .... Sakitttt...."
.
.
.

Ketika kereta yang dipandu oleh kakaknya meninggalkan bangunan hospital... Abang yang duduk di belakang melambaikan tangan. Tak sedar airmatanya mengalir. Tak sedar kakaknya melihat dirinya dari cermin pemandu pandang belakang.

"Mak, malam karang bawalah abang pergi berjumpa dengan Hj Hassan (ayah kepada penyanyi A Rahman Hassan). Takut terkena gangguan!!! ......."

KAKAWhere stories live. Discover now