1/19 RAZMAN

127 15 44
                                    

Razman : Ok! Enough joke (cukup dengan jenaka). Sekarang serius.

Razman : Bad news!
(Berita buruk!)

Razman : Kaka dalam Near Death Experience - NDE (pengalaman hampir mati).

- senyap -

Kat : Sudah tu macam mana nak buat?

Razman : Ok Farah! Beritahu saya apa Kaka cakap sebelum dia tidak sedarkan diri.

Farah diam ketika semua mata tertumpu kepadanya. Dia cuba mengigati sesuatu.

Dia menoleh ke kanan memandang wajah tujuh orang gadis seperti meminta sokongan sebelum memandang Razman di wajah screen telefon Apple nya.

Farah : Dia tinggalkan pesan pada orang di sini supaya membawa dia ke hospital jika dia masih tidak sedarkan diri selepas sejam. Ni dah sejam setengah.

Razman : Lagi?

Farah : Itu saja.

Ju : Doc! Maaf Doc! Abang Kaka kan ada sebut nama doc.

Farah diam seketika sebelum tiba-tiba berkata kepada Razman :

"Oh ya! Orang di sini cakap sebelum betul-betul tidak sedarkan diri, Kaka meracau-racau sebut nama saya dan cakap hanya saya yang boleh selamatkan dia".

Razman : Sudah berapa lama awak sampai selepas Kaka tidak sedarkan diri?

Farah : Dua puluh minit lebih.

- senyap seketika -

Farah : Razman!
Razman : Sekejap. Saya tengah fikir ni.

Razman : Kaka mesti tinggalkan hints (tanda) untuk macam mana nak tolong dia. Selalunya perkataan terakhirnya.

Razman : Hospital dan Farah! Hmmm.... Suruh bawa pergi hospital. Kemudian cakap awak saja boleh tolong. Two contradicting statements (dua pernyataan yang berlawanan). Kaka pula bukan bodoh.

Razman : Awak doktor, kenapa awak tak hantar Kaka ke hospital?

Farah : Kaka sebenarnya in dying state (keadaan nazak). Saya takut darah beku sudah terbentuk di otaknya. Tapi bila saya pegang tangan dia, saya terus berada di bilik Astral nya.

Farah : Perkara yang sama berlaku kepada tiga orang di sini. Kalau Kaka begitu nazak, tidak mungkin dia boleh buat begitu. Untuk membawa seseorang itu Astral, memerlukan fokus dan tenaga. Tidak mungkin Kaka ada dua perkara ini pada ketika ini.

Farah : Kaka mungkin dying tapi yang saya cakap tadi tidak menunjukkan keadaan yang dia sedang nazak.

Farah : Kalau saya hantar dia ke hospital sekarang, saya sudah tidak boleh kawal tindakan doktor pada Kaka.
Kaka akan melalui pemeriksaan MRI. Kalau ada darah beku, usaha akan dilakukan untuk mengeluarkan darah itu.

Razman : Ok, faham!

Razman : Jadi pada Kaka apa terjadi pun, Farah .... tetap kunci untuk menolong dia.

Soalan terakhir!

Razman : Macam mana awak dapat idea nak minta saya tolong? Sebab awak tidak pernah minta saya tolong hal-hal peribadi Kaka.

Farah : Saya mula-mula fikir Black dan Is boleh menolong. Kemudian mereka cakap awaklah orang yang boleh menolong.

Razman : Farah! .... Sorry! Sorry! Itu second last question. Yang ini last question!

Kat : Apa Abang ni. Please don't waste time, boleh tak? Kaka is dying!
(Tolong jangan buang masa. Kaka sedang nazak ni).

Razman : Sorry! Bukan niat saya pun.

KAKAWhere stories live. Discover now