"Baru lima hari lepas berjumpa, hari ni dah jadi macam ni pulak!" aku mengeluh.
Ahad lepas aku ke rumahnya dengan niat minta dia hantarkan aku ke airport. Penerbangan paling awal ke Singapura. Bukan aku tak boleh naik teksi ke KLIA atau check-in di KL Sentral, tapi memang saja nak menyusahkan dia. Namanya pun kawan kan... Mestilah kena bagi dia susah.
Ketika aku membuka pintu grill rumah nya dan terus melangkah masuk, dia kelihatan relax saja. Santai. Tenang. Takda pula tanda-tanda gila buang tabiat.
Dia duduk di tengah settee yang boleh memuatkan tiga orang... dengan rokok Marlboro nya yang masih berasap di tempat habuk rokok, dia memetik gitarnya. Sedikit pun dia tak pedulikan kehadiran ku.....
Aku duduk di single settee di hadapannya.
Aku : Amboiiiii.... Kemain lagi dia. Lepas kenyang lunch fefeeling pulak. Ni tengah lena dalam pelukan Farah lah ni!!!
Aku mengusiknya kerana lagu tu selalu dia nyanyikan buat Farah.
Dia : Ehhh!!!! Mestilah.... Jelo (jeles) ke?!!
Dia : Kat kan bini kau ... Suruh je la dia peluk kau. Takkan ada masalah kut!
Aku : Kalau aku Farah, aku balas lagu kau ....
Aku pun mula menyanyi dan cuba sedaya-upaya mimic suara Farah. Belum apa-apa dia sudah ketawa!
Dia : Dah cukup. Tak payahlah kau keluarkan suara bapok Chow Kit kau tu.
Aku tak peduli dan terus berkata "Senikata bro! Hayati senikata I, Mr Kaka" yang menyebabkan ketawanya bersambung.
Nyanyian ku terhenti setelah dibaling cushion kecil. Aku terus berkata "Ha! Tu la... Tak jujur... Tu sebab membujang sampai ke hari ni. Tak laku!!"
Aku : Aku ni yang kat depan kau ni patut kau jadikan contoh....
Aku : Aku kat Toronto.... Kat kat Edinburgh.... Lain benua tu bro... Boleh je bersatu. Sebab apa? Sebab hati tu jujur.
Aku : Tapi kalau suka-suka hati datang dan suka-suka hati hilang... Come and go as you wish (semahu hati mu) .... Payahlah.
Cuma tak pernah aku duga, lima hari lepas kami bergurau, dah jadi lain pula.
Setelah isteriku mematikan talian, aku terpaksa Skype video ke talian Black untuk melihat keadaannya. Nasib baik Black seorang "camera man" cekap. Semua yang berlaku aku nampak jelas.
Tanpa aku dapat menahan air mataku, hatiku berkata... "Budak weird.... Bangunlah!! Kau jangan buat hal nak tinggalkan aku!!!"
"Kali ni kau jangan lena dalam dakapan Farah!!!"
.
. DI CAFE DE BULAN
.Aku : Aduhhhh.... Sakitnya kepala!!
Aku lentuk kan kepalaku ke belakang.
Penat...
Dah takda tenaga dah.
Mataku tertutup rapat. Nak buka pun tak larat.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...