Apabila dia berada di luar café tersebut, dia tahu bahawa nyawanya di dalam keadaan 50-50.
Sebelum masuk ke dalam, dia berpusing untuk sekali lagi melihat permandangan alam di hadapannya.
Gelap.
Yang menerangi tempat itu hanyalah sinaran bulan.
Tetapi peranan bulan di hadapannya kali ini diambil alih oleh bumi.
Matanya mula berkaca-kaca, sedih.
Tiada apa usaha yang boleh dia lakukan sekarang. Usaha yang ada bergantung kepada orang-orang yang berada di bumi. Bumi pula berada di hadapan matanya. Cuma jarak dia dengan bumi jauh; sejauh 384,400 km.
Jika di bumi, pungguk merindukan bulan tetapi di bulan; dia .... Kaka .... Mohd Adam Ah.... merindui bumi.
"Farah .... Tolong saya Farah. Awak sahaja yang boleh tolong saya ....." suaranya sedih melaungkan pertolongan.
Dalam kehidupan manusia, Allah telah menjadikan tiga perkara yang manusia tidak dapat bicara kecuali terpaksa berbalik kepadaNya dengan berkata :
"...... di tangan Tuhan!" iaitu1) Jodoh-Pertemuan
2) Rahmat-Rezeki
3) Ajal-MautKaka sedar dia termasuk di dalam kategori "......di tangan Tuhan!".
Air matanya mengalir. Air mata yang asli. Jernih, tidak bercampur dengan darah.
Di tempat ini, dia tidak merasakan kesakitan yang ditanggungnya seperti di bumi.
Tujuh ketul tulang cervical di tengkoknya tersusun cantik.
Tiada tekanan pada matanya. Tiada bintil-bintil kecil yang sedia untuk meletus dan mengalirkan air mata darah.
Dia menarik nafas panjang, mengeluh, berpusing ke arah café itu dan berjalan masuk.
Sudah banyak kali dia berada dalam situasi hidup dan mati, tapi ini pertama kali dia berada di tempat yang sama.
Kaka tahu situasi yang dilaluinya dikenali dalam neuroscience (sains neuro / sains mengenai saraf) sebagai NDE - Near Death Experience (Pengalaman Ketika Hampir Mati).
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...