Nota Pengarang :
Saya harap, readers dapat manafaat dari chapter ini dengan cuba amalkan teknik self-healing.Seorang kawan mempunyai masalah cramp (kekejangan otot) yang melampau. Berlaku serentak sehingga di tiga bahagian badan yang berlainan. Setelah sebulan mengamalkanya, penyakit itu hilang.
Seorang lagi yang allergic dengan sabun basuh pinggan mangkuk, hilang allergic nya setelah 3 minggu mencuba.
Sebelum itu, satu watak yang muncul dalam "Ku Abadikan Sekalung Ingatan Untuk Kenangan" mengamalkan selama hampir setahun dan berjaya menukarkan warna kulit gelapnya kepada cerah sehingga dipanggil kawan-kawan sebagai "jambu".
Kawan-kawan yang lain mengunakan untuk mengurangkan berat badan, kurangkan kandungan gula dalam badan dll.
Yang paling unik, seorang pelajar yang mendapat penghormatan dekan untuk semester lepas. Dia bosan kerana markah yang selalu cukup-cukup makan. Dia ingin menjadi seorang yang mendapat keputusan baik. Hasilnya, dia gemar membaca, merujuk nota kuliah dan mudah memahami matapelajaran yang diajar.
Ia boleh digunakan dalam berbagai gaya kehidupan.
Modalnya hanyalah PEMIKIRAN POSITIF (POSITIVE THINKING).
Semoga readers mencuba dan merasai kejayaannya.
Chapter ini juga sebagai satu penghormatan (tribute) kepada KAKAK SURIYATT yang banyak membantu saya.
Semoga kakak mendapat manafaat dari pembacaan ini.😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇😇
Manusia sebenarnya adalah himpunan triliunan sel (trillions of cells).
Sel dianggap asas kepada kehidupan di bumi.
Terdapat hampir 200 jenis sel dalam badan manusia dan dibahagikan kepada 4 kumpulan sel; juga dikenali dengan nama stem cell :
1) Sel Epitelium :
Sel-sel ini melekat erat antara satu sama lain. Mereka menutupi bahagian dalam organ berongga, seperti saluran darah, organ pencernaan, (digestion) dan membentuk permukaan benda, seperti kulit. Terdapat puluhan jenis sel epitelium. Tanpa sel epitelium, kita tidak akan mempunyai kulit untuk melindungi tubuh kita dari kecederaan dan tidak mempunyai perut untuk mencerna makanan kita!2) Sel Saraf :
Sel-sel ini khusus untuk komunikasi. Mereka menghantar isyarat dari otak ke otot dan kelenjar yang mengawal fungsinya. Mereka juga menerima maklumat deria dari kulit, mata, dan telinga, dan menghantar maklumat ini ke otak. Terdapat puluhan jenis sel saraf di dalam badan, masing-masing dengan bentuk dan fungsinya tersendiri. Kita tidak akan mempunyai kesedaran atau kawalan terhadap badan anda tanpa sel saraf.3) Sel Otot :
Sel-sel ini khusus untuk pengecutan (contraction). Tanpa sel otot, kita tidak akan dapat bergerak! Terdapat tiga jenis sel otot. Mereka menarik-lepas tulang dan tendon untuk menghasilkan gerakan.4) Sel Tisu Penghubung : Sel-sel ini memberikan kekuatan struktur kepada tubuh dan juga kekuatan bertahan terhadap penyerang asing seperti bakteria. Sel-sel ini berhijrah melalui aliran darah untuk melawan penyakit.
Setiap sel senang difahami dengan menganggap ia sebagai satu bungkusan kecil yang mengandungi kilang, gudang, loji kuasa dan sistem pengangkutan.
Mereka berfungsi sendiri (functioning on their own) dengan mencipta tenaga sendiri dan meniru diri mereka sendiri (replicate).
Sel-sel juga berkomunikasi antara satu sama lain dan bersambung agar jasad mempunyai kekuatan dan daya ikatan (contoh - kaki dan tangan terikat pada jasad).
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...