2.2 Inikan Pula Tempat Bermain

68 7 9
                                    

Aku berdiri betul-betul dihadapan pintu kedai itu....

"Hmmm.... Sudah setahun lebih aku tidak ke mari."

"Tempat jatuh lagi dikenang"

"Inikan pula tempat bermain!" bisik hatiku sambil merenung pintu masuk kedai itu.

"Inikan pula tempat bermain!" bisik hatiku sambil merenung pintu masuk kedai itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adehhh.... Kalaulah Cik Ha tahu di sini rupanya tempat main aku dan tempat jatuh aku.... mau aku jatuh tak bangun-bangun buat dek Cik Ha!!!" aku tersenyum seorang diri.

"Alamak... Rahsia aku telan gaba dengan vodka, kalau Cik Ha tahu, celaka badan jadinya!"

"Aku dah tak lagi perlukan CCU sampai bila-bila.... sebab.... Aku sudah IDMU (I Dah Mati You!)" hatiku berkata sambil menyapu bulu tengkuk ku yang meremang.

"Ngeri pula bila bayangkan perkara tu!"

Sambil menolak pintu dan melangkah masuk, memori lama mengimbau kembali.

Awalnya tempat itu seperti pub-pub yang lain, hanya buka selepas pukul lima petang.

Aku jumpa pub ini pun secara tidak sengaja.

Selesai makan malam di restoran Nasi Kandar Grand Palace, aku lintas jalan untuk mengambil kereta dan pulang. Bila enjin kereta sudah dipasang, aku perasan ada pub di hadapan ku. Tiba-tiba tekak terasa nak "minum" pula.

Aku pun mematikan enjin kereta lalu melangkah masuk. Sudah-sudah nya aku menjadi regular customer di pub tersebut.

Aku selalu minum seorang, seringkali selepas balik dari apa jua urusan di KL. Minum untuk melepaskan stress. Minuman aku pula cuma satu.... Black Russian. Jadi bila aku masuk dan duduk, tanpa apa-apa pesanan, minuman akan sampai.

Oleh kerana aku minum tanpa teman, bar tender yang juga tokey pub akan datang berbual jika dia berkesempatan. Aku panggil nya Uncle Teh.

Dari cerita Uncle Teh, aku dapat tahu dia seorang veteran dalam perniagaan pub di Ampang. Perniagaan ni selalu tidak kekal lama katanya. Sehabis lama pun lima tahun. Kemudian mati. Itu adalah life cycle (putaran hayat) perniagaan ini.

"Life is tough as a pub owner (maksud - perniagaan pub bukanlah mudah)" kata Uncle Teh.

Sebab utama adalah kemunculan pub-pub baru dengan konsep dan deco yang lebih menarik.

Jadi apabila perniagaan menjadi malap, pengusaha pun akan tutup dan buka pun baru di tempat berdekatan dengan jenama, konsep dan deco yang baru.

Sedar tak sedar, ini adalah pub nya ke lima terang Uncle Teh.

Uncle Teh telah ditinggalkan oleh isterinya kerana mengikut jantan lain yang lebih kaya.

Dia mempunyai tiga orang anak dan membesarkan mereka seorang diri. Dua anaknya perempuan dan yang tengah....seorang lelaki.

KAKAWhere stories live. Discover now