Tiada apa lagi yang boleh dia lakukannya di sini melainkan berserah, menunggu ketentuan takdir ke atasnya selain dari melihat beberapa orang datang dan beberapa orang pergi.Namun suara Nor si gadis kolej menaikkan semangat Kaka untuk balik ke jasadnya walaupun dia tidak tahu siapa pemilik suara dan juga pemilik nama itu.
Melihat semua orang yang datang ke café itu berwajah sugul bukanlah suatu hiburan.
Menunggu hidup atau mati bukanlah sesuatu yang mengembirakan seperti bercuti di Resort World Genting Highland.
Yang pergi akan meraung. Itu lah akhiran tubuh Astralnya.
Yang kembali, senyum menanggis. Ramai yang mengucapkan taubat dan azam.
Salah satu perbedaan paling ketara di antara alam zahir dan alam Astral adalah ruang dan masa (space and time).
Sebabnya, kedua-dua alam berada di dimensi (dimension) yang berbeza.
Psudo-sains membahagikan dimensi kepada beberapa bahagian :
1) Dimensi pertama :
Sesuatu yang tidak boleh bergerak (statik) seperti gambar (picture). Wajah kita di dalam gambar adalah dimensi pertama.2) Dimensi ke dua (2d) :
Sesuatu yang mempunyai dua sisi iaitu panjang dan lebar. Luas kawasan adalah bersifat dua dimensi. Pergerakan 2d terhad kepada satu arah, contohnya air boleh mengalir satu arah sahaja.3) Dimensi ke tiga (3d) :
Mempunyai panjang, lebar dan ketebalan. Dunia kita adalah dunia tiga dimensi atau 3d (third dimension).Manusia adalah haiwan 3d yang hidup di alam 3d.
Walaubagaimanapun mata manusia hanya boleh melihat pandangan lurus (flat view) bermaksud pandangan 2d sahaja iaitu panjang dan lebar. Ketebalan tidak boleh dilihat oleh mata manusia.
Itulah yang berlaku apabila mata kita memandang sesuatu.
Jadi bagaimana kita merasai hidup didalam alam 3d?
Mata kiri kita melihat dan merakamkan gambar 2d dan dihantar ke otak.
Mata kanan pun membuat perkara yang sama.
Oleh kerana terdapat jarak antara kedudukan mata kiri dan kanan, maka gambar yang dirakamkan pun sedikit berbeda.
Perbedaan kedua-dua gambar itu ditakrifkan sebagai ketebalan oleh otak.
Maka imej 3d pun terbentuk.
Proses penjelmaan semula imej yang dilakukan oleh otak dipanggil 3D stereoscopic imaging.
Seseorang yang hanya mempunyai satu mata akan hanya melihat pandangan "flat image 2d" seperti kita melihat melalui teropong one eye binocular (teropong satu mata).
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...