"Pak Ya, ni anak buah Pak Tam (Pak Hitam). Budak ni nak ke London sambung belajar. Jadi orang tua tu suruh saya bawak jumpa Pak Ya dulu sebelum dia pergi" kata Abang Rusdi.
"Dia minta tolong Pak Ya untuk carikan zikir badan budak ni" tambah Abang Rusdi.
Pak Ya duduk di Kg Skudai Kanan. Memang orang situ. Berumur hampir enam puluh tahun, dia banyak menghabiskan masa merantau belajar ilmu agama.
Dia belajar pondok di Kelantan kemudian sambung belajar pondok di Patani. Dia berkahwin dengan orang Kelantan. Bercerai mati dengan seorang anak.
Di Patani, di kahwin lagi dengan orang sana. Kekal sampai ke hari ni. 3 orang anaknya sekolah pondok di Patani. Cuma isterinya sahaja ikut balik ke Johor. Setiap empat, lima bulan sekali dia akan balik ke Patani menjengah keluarga belah isterinya. Di sini dia seperti kebanyakan orang kampung menjadi nelayan. Cukuplah buat makan dia suami isteri.
Selain itu Pak Ya juga mahir dengan tomoi Siam. Dia bercerita awalnya sangat sukar nak mengalahkan peninju tomoi dari Siam. Selepas tomoi digandingkan dengan langkah Silat Sendeng, barulah selalu dapat kecapi kemenangan.
Tetapi peninju tomoi gemar pakai ilmu kebatinan Siam. Sebelum berlawan, peninju tersebut akan kemam satu patung Buddha kecil di bawah lidah.
Abang Zuhdi suka bertanya. Pak Ya pulak suka bercerita dengan lenggok bahasa Kelantan-Petani nya membuat mata yang mengantuk jadi segar.
Kena pulak dihidangkan dengan kopi-O dan sepiring roti kok dan sepiring biskut kering yang siap di tabur gula di atasnya menambah lagi mood untuk mendengar perbualan mereka.
Menceritakan tentang minyak dagu yang terkenal tu, Pak Ya cakap selalunya selepas ditempah (booking), tok sami akan menghantar sampai ke sempadan sahaja. Ada orang suruhan yang pakar membawa minyak tersebut ke Bentong, Pahang. Minyak dagu tu mesti disimpan di dalam batang pisang sepanjang perjalanan untuk mengelakkan orang yang membawanya terkena petir. Di Bentong diam seorang Patani bernama Ismail. Orang sana panggil Mail Patani. Dia pelatih untuk "suruhan" yang menjaga minyak tersebut.
Setelah melatih suruhan minyak tersebut, baru boleh digunakan. Selalunya digunakan untuk memikat orang .... samada lelaki atau perempuan. Juga digunakan sebagai pelaris dan membuat nombor ekor. Upah untuk melatih adalah seribu ringgit untuk sebotol.
"Kalau tak mahu lagi minyak tu macamana?" tanya Zuhdi.
"Ada serapah nya. Selepas baca, tuangkan air sabun dalam botol minyak tu" jawab Pak Ya.
"Ooooo.... Takde lah susah sangat!"
"Memanglah. Orang yang tak tahu saja buat cerita karut.... Susah nak buang lah ...."
"Cuma pantang besarnya jangan bawak botol minyak tu ke rumah orang meninggal dunia. Kalau langgar pantang kena cepat jumpa Mail Patani untuk elak kesusahan!" terang Pak Ya.
"Tapi kenapa nak buat benda-benda yang Allah tak suka? Kalau nak kan sesuatu, berusaha lah."
"Rasul, kalau dia nak sesuatu, tentu Allah akan makbulkan. Tapi takde pun Rasul mintak semua orang atas dunia ni jadi orang Islam."
"Rasul pun pergi berperang. Dapat kecerderaan. Pernah juga kalah berperang. Padahal kalau nak menang, Allah akan makbulkan doa dia. Dia kan Rasul Allah!!!"
"Jadi kenapa dia tak minta saja pada Allah?" tanya Pak Ya.
Abang Zuhdi diam. Aku lagilah diam. Bukan aku tahu apa pun.
"Sebabnya... Rasul diutuskan sebagai pemberi contoh bukan sahaja kepada umatnya tetapi krpada seluruh umat manusia" kata Pak Ya.
"Contoh yang Rasul tunjukkan adalah ... Berusaha. Nak kan sesuatu berusaha lah dengan baik dan gigih. Barulah diberkati. Seperti Rasul kalah berperang, usaha kita pun akan ada rintangan. Tapi Rasul tidak pernah menunjukkan contoh berputus asa. Jadi kita hendaklah ikut contoh yang Rasul tunjukkan."
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...