Sedutan chapter 1/20 : Memujuk Sel
.
. Ketika yang sama di Restoran Syed, tiba-tiba mulut Kaka mengeluarkan satu perkataan dalam nada merintih, sayu, perlahan tapi jelas.... "Faarahhh....!!!"
.
.Aku segera bangun.
"Masa untuk aku balik" ....
Kata-kata itu juga keluar dari mulut Kaka di Restoran Syed. Ianya menambah semangat pada Farah dan semua untuk terus berusaha.
Aku berjalan cepat, melintasi abang. Aku lihat abang merehatkan kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya bersilang di belakang tengkuknya. Relax. Tidak gusar untuk meghiraukan apa yang berlaku. Aku pun tak mahu pedulikan dia. Biarlah dia. Ini masa aku.... "Masa untuk aku berjuang. Masa untuk aku pulang" .....
Apabila aku sampai di sebelah meja abang, boss yang sejak mula aku masuk Cafe de Bulan masih berdiri menyandar di bar table. Dia menyapa.... "Nak kemana tuuu?"
Aku tidak menjawab tetapi ambil arah kiri menghala ke pintu masuk/keluar Cafe de Bulan.
Nyanyian Farah masih berkumandang di telinga ku. "Aku mesti mencari jalan pulang!!" hatiku berbisik.
Tiga langkah setelah membelok ke kiri tiba-tiba di hadapanku berdiri tiga org boss yang lebih besar badannya dariku. Terdengar suara boss mengulangi kata-katanya tadi tapi dalam nada yang lebih tegas.... "Nak ke mana?".... yang membuat aku menoleh kebelakang.
Mata bertentangan mata.
Aku menjawab dengan nada setegas nadanya "Nak balik. Saya nak balik!!!"
"Masa balik awak belum menjelma! Tak terfikirkah kemungkinan yang awak tak kan balik?" katanya.
Aku : Berpantang maut sebelum ajal.
Boss : Tapi ajal awak telah ditentukan.
Aku : Kalau ya pun, saya tak kan menyerah begitu saja. Biarlah saya pergi dengan cara berjuang.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...