Nota Pengarang :
Bab ini (1/18) adalah sambungan daripada
Bab 1/11 PERCUBAAN (2).
Group mereka bermula dengan lapan orang. Empat lelaki dan empat perempuan. Mereka kelihatan seperti berpasang-pasangan.Kesemua mereka dari Kuala Lumpur dan Selangor dan dari keluarga yang berpendapatan baik, juga taraf sosial yang baik.
Ini boleh dilihat dari cara perbualan mereka dan tatacara adab pergaulan mereka.
Pakaian sekolah mereka pun dari jenis kain yang nampak berkualiti.
Namun mereka tidak sombong. Tetap bercampur dan bertegur siapa dengan rakan-rakan sekelas yang lain membuatkan mereka dihormati. Mereka juga adalah pelajar-pelajar yang cerdik.
Sebenarnya mereka bukan bertegur siapa dengan semua pelajar di dalam kelas itu.
Semua ...... kecuali seorang - pelajar pelik dalam kelas tersebut.
Di dalam kelas itu ada seorang pelajar yang bukan sahaja pendiam tapi dijauhi pelajar-pelajar lain.
Walaupun raut wajahnya kelihatan lembut dan tampan serta menarik hati sesiapa juga yang memandangnya, namun itu masih belum mencukupi untuk dia diterima oleh masyarakat sekolah tersebut, khasnya rakan-rakan sekelasnya.
Namun dia tidak kisah.
Itu adalah sesuatu yang standard (biasa) baginya setiap kali dia memasuki suasana kehidupan yang baharu.
Dia tidak mahu ambil pusing dan ambil peduli.
Dia ambil mudah.
Dia yakin seperti selalu, pandangan itu akan berubah.
Pasti berubah.
Hanya seorang sahaja pelajar yang bernama Black yang berani berbual dengannya ketika itu. Black, rakan sekelasnya yang tidur di tingkat bawah katil dua tingkat di dorm asrama.
Perkara yang membuatkan pelajar lain takut menghampirinya adalah kerana kejadian dia membelasah empat orang pelajar senior, budak tingkatan empat di penghujung minggu orientasi yang berlangsung selama dua minggu.Kes itu hampir-hampir membuatkannya dibuang sekolah, kalau tidak kerana pertolongan ayah Black.
Kes tersebut menyebabkan dia dilabelkan oleh masyarakat pelajar sekolah itu sebagai pelajar yang merbahaya dan pembawa masalah.Ditambah pula keadaan dia yang kadang kala terpaksa memakai cermin mata hitam (gelap) untuk melindungi matanya, membuatkan dia kelihatan weird (ganjil, aneh).
Beberapa cikgu awal-awal lagi telah memberitahu semua supaya menganggap pelajar itu sama seperti pelajar-pelajar lain agar dia tidak rasa terpencil dan dipencilkan.
Cikgu-cikgu juga memberitahu agar jangan merosakkan cermin mata gelap pelajar itu. Cermin mata hitam itu ditempah khas untuk melindungi mata pelajar tersebut. Harganya beribu ringgit.
Selepas Black, pasangannya Ekin mula beranikan diri untuk berbual dengan pelajar itu ketika Black berada disampingnya.
Kedua-dua Black dan Ekin adalah ahli kelab lapan orang pelajar yang berpasangan - empat lelaki dan empat perempuan.
Namun ada sepasang mata lain di dalam kumpulan itu secara diam-diam dan sembunyi-sembunyi selalu mencuri pandang pelajar weird itu yang bukan "ahli kelab" mereka.
Bila sepasang mata itu merenung wajah weird itu, dia terlihat satu wajah yang sayu seperti meminta belas kasihan.
Pelajar weird itu seperti di dibebani kesakitan setiap detik yang berlalu.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...