1/16 PERJALANAN SPIRITUAL

254 16 64
                                    

Angkasawan Amerika berjaya mendarat di bulan.

Itu yang Amerika beritahu dunia.

Namun sekarang ini 10% rakyat Amerika tidak percaya Neil Armstrong dan Buzz Aldrin dan kemudian sepuluh angkasawan lain telah mendarat dan berjalan-jalan di bulan.

Mereka berkata pergi ke bulan hanya satu propaganda Amerika ketika perang dingin dengan Soviet Russia.

Ia hanya satu konspirasi.

Penyokong konspirasi antaranya adalah pensyarah kanan, penyelidik, jurutera dlll. Mereka digelar penyokong konspirasi bulan.

Apabila filem-filem NASA (pentadbir angkasa lepas Amerika) berputar di skrin zaman canggih kita seperti di Samsung High Resolution TV, banyak persoalan timbul seperti bagaimana bendera Amerika boleh berkibar sedangkan angin (atmosfera) tidak ada di bulan.

"Kenapa pemandangan dari bulan tidak kelihatan bintang?" kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti terkenal di Amerika.

"Tidak cukup tanah" pihak NASA hendak menjawab.

"Di mana Neil Armstrong mendapat tanah liat dan bagaimana tanah liat itu boleh tertanggal" kata seorang jurutera kanan.

"Di mana Neil Armstrong mendapat tanah liat dan bagaimana tanah liat itu boleh tertanggal" kata seorang jurutera kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar : Poster NASA untuk promosi kejayaan Neil Armstrong jejak ke bulan

Ramai golongan muda yang tidak hidup di zaman pergi bulan bertanya kenapa kerajaan Amerika berhenti menghantar manusia ke bulan sejak 1972?

Pihak Russia pula berkata mustahil manusia boleh sampai ke bulan. Kalau boleh, mereka sudah pun sampai.

Mereka berkata, memasuki ruang lingkup bulan terpaksa melalui kawasan gelombang micro tinggi (high micro frequency). Gelombang ini akan membunuh tisu hidup (living tissue). Hanya benda yang tidak bernyawa sahaja melepasinya.

Selain dari Russia; Jepun dan China hanya menjatuhkan peralatan kawalan dari jauh sahaja.

Persoalan yang selalu ditanya adalah :
Kenapa kerajaan Amerika tidak lagi menghantar manusia ke bulan?

Pihak NASA menjawab kerana kosnya yang tinggi.

"Sejak bila Rumah Putih berminat dengan kos?" kata seorang juru audit.

President Putin pernah mencabar President Obama untuk menghantar manusia ke bulan. Russia setuju menanggung separuh dari kos misi.

Orang-orang Sufi menawarkan satu lagi cara untuk pergi ke bulan dan angkasa. Cara yang tidak diiktiraf oleh sains.

Kaedah yang dipanggil Perjalanan Spiritual (Spiritual Journey).

Tokoh-tokoh Sufi pernah bercerita mengenai bulan ketika melakukan perjalanan spiritual mereka.

Ibnu Arabi bercerita secara detail mengenai hal keadaan di bulan dalam kitabnya. Sheikh Jalaludin Rumi juga menyebut perihal keadaan bulan dan semuanya hingga kini tidak menyalahi apa-apa pendapat sains.

KAKAWhere stories live. Discover now