Razman : Jadi Farah awak fahamkan apa saya cakap mengenai Cell Programming! Sebahagiannya adalah sains dan sebahagiannya adalah pendapat yang belum dibuktikan oleh sains (pseudo-sains).
Farah : Ok, faham. Saya nak ....
Razman terus memotong cakap Farah.
Razman : Farah! Kita tidak ada masa nak berbahas. Jadi samada awak terima pakai apa saya cakap atau kita berhenti di sini.
Farah : (dengan nada geram) Ok! Ok!
Razman : Di sebabkan Kaka tidak sedarkan diri, awak kena hadamkan apa yang saya cakap tadi untuk lakukan teknik Memujuk Sel.
Razman melihat isterinya Kat menarik nafas panjang. Razman tak tahu apa yang Kat begangkan ketika ini. Dia mengambil keputusan untuk tidak pedulikan reaksi Kat.
"Ialah...doktor lah katakan .... Bila hal perubatan, mereka menganggap mereka saja betul" bisik hati Razman Yang tahu benar perangai doktor.
Razman : Perasan tak perangai Kaka... Adakalanya dia mengosok-gosok, membelai-belai cervicalnya, bahu dan tengkoknya yang sakit dan seperti bercakap seorang diri secara perlahan?
Razman : Ketika itu dia sedang memujuk-mujuk selnya.
[Sedutan dari Bab 1/13 DUGAAN ORANG BERZIKIR (2)]
Razman : Pertama kali teknik ini dilakukan ketika Kaka sedang nazak di Hospital Toronto. Dia di dalam ICU. Selepas hari kedua Kaka di ICU, kami mengambil keputusan untuk mencuba teknik ini di wad ICU. Awek French tu dipilih untuk memujuk sel Kaka.
Razman : Kaka kan gaya rambut dia mempunyai ponytail (ekor) yang diikat silang. Selalu jugakan Kaka mengikat dengan reben (ribbon) kecil di hujung ekornya.
Razman : Awek French ni suka main-mainkan ekor Kaka macam satu barang permainan. Dia tariklah ekor Kaka, dia tariklah reben Kaka sampai Kaka naik lemas dan marah. Ada juga sesekali lepas dihuraikan rambut Kaka, dia minta maaf dan tolong mengikatnya semula. Lepas sepuluh minit dia tarik-tarik lagi ekor rambut Kaka.
Razman sengaja menceritakan bahagian terakhir untuk menyakat Farah.
Kat sedar apa yang suaminya buat. Sebelum sempat dia bersuara, Razman sambung bercakap.
Razman : Jadi masa di wad ICU, dia susah payah mencapai ekor Kaka, menarik-narik dan tergelak-gelak seperti yang dia selalu buat.
Razman : Dia berbisik-bisik di telinga Kaka seperti mana dia menyakat Kaka masa tiap kali berjumpa. Ada masa dia mengosok-gosok romantik tangan Kaka, mengengam tangan Kaka seolah jalan berpimpin tangan, menyilangkan tangannya ke tangan Kaka dan berbisik secara gedik ke telinga Kaka.
Razman : Setelah 15-20 minit, Kaka mula bergerak-gerak dan membuka matanya sebelum doktor, jururawat berlumba-lumba datang dan menyuruh awek French tu tunggu di luar.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...