Bagi orang Melayu di perantauan, tiada apa yang lebih nikmat daripada makanan dan minuman tempatan.Sukar untuk mendapatkan makanan orang Melayu kecuali di London.
Bangsa Melayu bukanlah jenis bangsa yang merantau ke negara orang. Mereka mungkin lebih selesa dengan hujan batu.
Selepas makan malam, Kaka dan Has duduk-duduk di ruang tamu menikmati hidangan nescafe tarik. Cuma bezanya dengan malam semalam, Has duduk di sisi Kaka di setee panjang.
Tiba-tiba Has berkata, nak main gitar macam semalam.
Kaka tersenyum, menoleh kebelakan dan mengambil gitar tong nya.
Tidak seperti malam semalam, Has tidak perlu duduk di atas kusyen dibawah.
Kaka menyuruh Has duduk bersila di atas setee dan badannya dipusingkan mengadap lengan kerusi setee. Kaka juga buat perkara yang sama.
Kemudian Kaka mendekatkan badannya ke belakang Has, meletakkan gitar di riba Has.
Seperti semalam, tangan kanan Kaka memegang belakang tapak tangan Has. Jari Has memegang petrum (pemetik gitar). Tangan kiri Kaka memegang leher gitar.
Cuma kali ini Has menyandarkan belakang tubuh ke tubuh Kaka. Kaka mengambil kesempatan mengucup leher Has. Dan Has pula mengambil peluang mengunakan tangan kirinya mencubit lengan kiri Kaka.
Nak nyanyi lagu apa ya?
Hmmm..... Kalau awak tahu awak ikut nyanyi k!
Ni sebenarnya lagu duet ni.
Yang ni untuk awak sayang.
Has menyanyikan bersama.
Setelah beberapa buah lagu, Has bertanya
+ Yang, awak ada tak lagu yang awak benci? Lagu yang awak tak suka?".
> Ada. Kenapa?
+ Benci tahap macamana tu?
> Tak boleh buat hati saya tenang. Kalau saya dalam kubur pun rasa nak bangkit, terajang jer siapa yang main lagu tu.
+ Amboiiii!!!! Sampai teruk macam tu. Must be so bad. Cuba awak main. Nyanyi, saya nak dengar how bad is this song?
> Awak ni. Kan saya tak suka. Awak suruh nyanyi pulak.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...