1/15 NDE (2) - DIA

208 17 116
                                    

Telinganya terasa sebu.

Matanya terbuka.

Bila telinga dan matanya mula berfungsi, dia sedar. Kesedaraan itu juga menyedarkan bahawa dia belum mati lagi.

Kewujudannya datang kembali.

Dia terasa terapung di dalam gelap. Hanya warna hitam sahaja dia nampak di dalam gelap.

Orang falsafah cakap warna hitam adalah warna paling terang di dalam gelap.

Kalau terdengar pasti Clint Eastwood akan berkata "Hell! What are you talking about?". (Celaka! Apa yang kau cakap ni?)

Betul apa kalau abang Clint Eastwood cakap gitu .... Terang apa barang kalau satu benda pun tak nampak!!

Tubuhnya sendiri pun dia tidak nampak cuma terasa badannya ada. Badan, kaki-tangannya ada tapi keras. Dia tidak boleh bergerak.

Dia diam seketika untuk mentafsirkan keadaannya dirinya.

1) Dia tahu dia belum mati lagi. Masih hidup.

2) Dia rasa dia sedang melalui sesuatu yang dipanggil dengan singkatan dari tiga huruf : NDE (Near Death Experience - Pengalaman Hampir Mati).

Dan NDE bukanlah berita baik untuknya sebab nyawanya berada di hujung tanduk.

Dia tahu membezakan antara perjalanan Astral dan NDE.

Sebabnya, dia seorang Astral traveller (orang yang boleh melakukan perjalanan Astral).

Satu lagi sebab adalah kerana ini kali ke tiga berlaku NDE pada dirinya.

Sudah beratus kali dia lakukan perjalanan Astral.

Bermula ketika dia di dalam bus ekspres dari Johor Baru ke Kuala Lumpur. Waktu itu cuti pertegahan semester tamat dan kuliah akan bermula keesokan harinya.

Dia duduk di tepi tingkap. Ada awek duduk di sebelahnya.

Usha punya usha tak dapat, dia terasa boring dan terus lelapkan mata. Ketika dia nyeyak tidur, tiba-tiba pemandu bus menekan brake dengan tiba-tiba. Mungkin untuk mengelakkan sesuatu.
Penumpang terhumban ke hadapan dan kemudian kebelakang semula, termasuk dirinya.

Setelah bus dalam keadaan stabil, dia bangun berdiri untuk melihat apa yang berlaku.

Dia lihat semua penumpang sedang membetulkan duduk masing-masing termasuk awek sombong di sebelahnya.

Kecuali dirinya sahaja yang nyeyak tidur.

"Ha!!!" dia memekik..... Hanya dirinya sahaja sedang nyeyak tidur!!???

"Sudah tu, yang berdiri ni siapa?".

Dia yang sedang berdiri melihat dia yang sedang tidur di atas kerusi di dalam bus.

Dia yang berdiri menjerit kuat kerana ketakutan.

Tapi tiada orang pedulikannya. Seperti tiada orang mendengarnya.

Dia merasa takut. Dia mengigil. Dia rasa seperti sudah mati.

Kemudian dia amati dirinya.

Dia boleh bergerak. Malah boleh melalui (walk through) semua yang ada di dalam bus. Bila dia rasa nak ke baris tempat duduk di belakang bus, dia sudah pun sampai. Seperti dia hanya perlu niat sahaja untuk pergi ke tempat itu.

Kala ini, dia dapat merasa apa yang di ceritakan oleh "Ayah" (nama panggilan), guru silat Sunting Dua Belas nya.

Gurunya mengunakan tubuh Astral untuk mengubat orang.

KAKAWhere stories live. Discover now