Puan Syariah berada di dalam ambulan dalam perjalanan ke hospital. Dia muncul di KK (Klinik Kesihatan) Kampung Melayu ketika umur kandungannya 40 minggu + 2 minggu + 3 hari. Doktor yang bertugas bergegas menguruskan semua persiapan untuk ke hospital bimbang apa yang tak baik berlaku walaupun ketika itu kandungannya hasih bernyawa.
Setibanya di hospital, dia di bawa terus untuk menjalani pemeriksaan bagi kandungan overdue (post matang).Darah di ambil untuk kajian makmal. Non stress test menggunakan sistem ultrasound digunakan untuk mengambil imbasan dan bacaan denyutan kandungan, pernafasan kandungan, pergerakan kandungan. Walaupun kandungan didapati sihat, doktor berpendapat bahawa lebih baik dia tinggal di wad hospital supaya senang membuat pantauan.
Tanpa pengetahuannya, Dr memberikan masa sehingga 72 jam untuknya bersalin secara normal. Jika tidak, kaedah memaksa kandungan keluar samada melalui kaedah induce atau pembedahan pada C-Section (Caesarean Section) atau kedua-duanya.
Syariah mengusap-usap perutnya selepas terasa pergerakan kandungan sulungnya sambil berkata perlahan "Nak! keluarlah cepat. Kesiankan ibu. Ibu penat tau."
Sebenarnya menentukan bila masa seseorang ibu dapat bersalin, kenapa terjadi post-matang adalah antara rahsia alam yang belum terungkai oleh ilmu sains.
Si bayi bagaikan faham dan membalas dengan pergerakan yang membuat si ibu senyum dalam menahan ngilu pergerakkannya.
Suaminya yang menemaninya sepanjang hari sudah pulang. Sebelum jam sepuluh malam, suaminya berjanji menghantar emaknya untuk menemaninya.
.
.
.Ketika nyenyak tidur sekitar jam 2 pagi, emaknya terdengar suara yang mengejutkannya dari tidur .... "Kenapa Sya?!!"
"Sya rasa basah ni. Macam dah pecah...." merujuk kepada ketubannya yang telah pecah dan mengeluarkan air.
Maknya menyelak selimut anaknya kemudian menyelak kain batik yang dipakainya dan nampak kebasahan tersebut.
"Tunggu, mak panggil misi...."
.
.
.Sudah hampir tengah hari. Sya sudah penat menunggu. Terasa stress.
Walaupun ketubannya sudah pecah, tapi bukaan rahimnya (dilate) hanyalah 3cm. Sakit untuk bersalin (contraction) masih belum hadir. Pintu serviks pun masih jauh dari 100% haus. Cuma yang pastinya, dia terasa lapar.
Suaminya yang menggantikan emaknya sebagai teman masih belum pulang dari kantin kerana membeli makanan untuk tengahari. Sya tak lalu makan makanan hospital. Tak sedap.
Dia perlu memberitahu suaminya tentang masalah yang dihadapinya dan keputusan Dr untuk melakukan induce.
.
.
."Abang! Abang dengar ke tak apa Sya cakap ni?" Sya mula geram dengan respon dari suaminya.
"Dengarrr!!!!"
"Faham???"
Suaminya tersengih.
"Entah!!!" ... Jawapan yang menyakitkan hati Sya.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...