1/25 Selamat tinggal Abang!

132 10 33
                                    

(Atas : Sedutan dari Chapter 1/20)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Atas : Sedutan dari Chapter 1/20)

Pergerakan kilat senja yang luar biasa pantas jelas memeranjatkan boss. Boss menghadapi satu situasi di luar jangkaannya. Dia tidak bersedia dan dia diserang. Tidak pernah dia sangka bahawa dia akan diserang oleh sesiapa pun..... Dan yang paling tidak disangkanya, tubuh badannya dihujani tepat dengan semua pergerakan maut Sunting Dua Belas.

 Dan yang paling tidak disangkanya, tubuh badannya dihujani tepat dengan semua pergerakan maut Sunting Dua Belas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Namun dalam melakukan serangan, telinga ku masih lagi menangkap suara nyanyian Farah. Ia tidaklah mengganggu pada mulanya. Tapi kemudiannya melarat pula.... menarik ingatanku pada hari-hari terakhir ku dan Farah di kota London.

Ketika itu dingin di kota itu lebih dari biasa. Razman yang belajar di Toronto, Canada menghabiskan cuti musim sejuknya di London untuk bertemu pasangannya Kat yang belajar di Edinburgh, Scotland.

Pada malam itu setelah Razman menghantar Kat balik ke rumah sewa Farah; dia, aku, Black, Iskandar dan abang (kemudiannya suami Farah) berjalan pulang ke rumah sewa Black. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah pub untuk minum dan makan snack (makanan ringan).

Kami semua minum minuman keras kecuali abang. Dia bukan seorang yang minum atau pernah minum. Maka datanglah idea nakal Black dan Razman untuk menjadikan abang mabuk pada malam itu.

Rancangan Razman dan Black akhirnya berjaya. Abang mabuk. Selepas saat itu, ia kemudiannya menjadi suatu yang Razman dan Black menyesal seumur hidup... kerana perkara yang berlaku selepas itu telah mengubah hidup aku, abang dan Farah.

Seperti kebanyakan orang mabuk, Abang juga bercakap-cakap seorang diri tanpa hujung pangkal. Tetapi seperti kata pepatah orang putih ....  A dead man tells no tales and a drunken man tells no lies (orang mati tidak dapat bercerita dan orang mabuk bercakap benar) .... Dengan tak disangka, abang menceritakan isi hatinya tentang Farah.

KAKAWhere stories live. Discover now