Selepas bangun lewat dari tidur dalam posisi yang tidak selesa itu, Kaka dan Has membersihkan diri masing-masing dan pergi ke restoran Turkey berdekatan kawasan apartment nya di Hell's Kitchen untuk branch (breakfast + lunch).
Ada hampir dua puluh restoran Turkey di Hell's Kitchen. Kaka selalu pergi ke Turkuaz di 53rd Street, di simpang 8 dan 9 Avenue bertemu (berdekatan dengan Columbus Circle) jika dia ingin menikmati makanan Turkey.
Turkuaz hanya beberapa blok sahaja dari appartment Kaka. Mereka hanya berjalan kaki.
Kaka dan Has sudah mula berjalan berpimpinan tangan.
Semasa menunggu pesanan tiba, Has minta ke tandas.
Berseorangan seketika membuatkan Kaka teringat kisah dia dan Has yang baru bermula semalam. Belum sempat pun perkenalan itu berumur 24 jam.
Kaka tau, dia dilamun cinta. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana dia boleh suka seorang lagi perempuan selepas Farah. Namun cinta itu datang juga.
Bukanlah love at first sight (cinta pandang pertama) tapi love after many sights (cinta selepas banyak kali pandang).
Cuma cinta itu datang dalam dua belas jam pertama pertemuan mereka.
Kaka masih ingat bagaimana Has tidur malam tadi dengan berbantalkan peha dan belakang tapak tangannya. Sedangkan kaki kirinya dibuat Has seolah-olah bantal guling yang dipeluknya.
Dia dan Has bangun agak lewat. Badannya lenguh-lenguh. Namun tujuh ketul tulang cervicalnya tidak terasa sakit sedikit pun walaupun dia tidur dalam keadaan duduk.
Kaka tersenyum. Dia sebenarnya mengejek tujuh ketul tulang cervicalnya yang seolah-olah menerima dengan gembira kedatangan Has dalam hidupnya.
Kaka melingkarkan tangan kanannya memegang bahu kiri dan tengkoknya sambil tersenyum dan mengusap dia berkata perlahan mengejek tujuh ketul tulang itu "Sejak bila dah pandai mengatal ni??".
Agak lama Has pergi membuatkan Kaka agak risau. Ketika dia hendak bangun melihat keadaan Has, dia ternampak kelibat Has.
Namun Kaka tetap bangun, berjalan tiga langah ke kerusi Has dan menunggunya.
Setiba Has, Kaka bertanya "Awak ok ke?". Has menjawab "OK!" kemudian tersenyum.
Kaka membetulkan kedudukan kerusi sebelum Has duduk. Kemudian dia tunduk dan memberi kucupan di dahi Has.
Walaupun Has agak terperanjat dan tidak expecting perkara itu berlaku, tetapi dia play kool (berlakun hebat) sambil memandang atas ke wajah Kaka dan berkata perlahan "Thank you darling".
Ketika itu Has tahu secara resmi "Love is in the air" (cinta berada di udara). Musim bercinta datang lagi.
Dan Has suka, gembira untuk melaluinya buat kali ke dua.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...