1/27 Yang Mana Satu?

58 9 0
                                    

"Nasib baiklah ambulans ni bersaiz besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nasib baiklah ambulans ni bersaiz besar. Boleh buat 3 penumpang di belakang."

"Sifa"... aku berkata pada jururawat ku....

"Awak duduk depan dengan pemandu."

"Baik doc!" kata Sifa akur.

"Pastikan orang ER ((Emergency Room-Bilik Kecemasan) sudah sedia."

"Orang ER tadi call, dah ready!" kata Sifa.

Aku duduk di sebelah bahagian kanan kepala Kaka dan Ron duduk bertentangan dengan ku. Farah duduk di sebelah ku.

Ron telah memakaikan mask oksigen pada Kaka sejak mula masuk tadi. Dia memeriksa untuk memastikan cecair saline mengalir baik. Kemudian dia meletakan beberapa pelekat bersambung pada dada Kaka yang bersambung wire pada alat untuk mengira degupan jantung.

Bacaan menunjukkan degupan jantung tidak konsisten. Adakala cepat, adakala lambat. Ini menunjukkan Kaka sedang struggle.

Ron menggunakan alat berupa pistol untuk memeriksa suhu di dahi Kaka. Sama, tidak sekata. Apabila denyutan jantung Kaka lemah, suhu nya turun

"Falling doc!" katanya.
("Suhu jatuh doktor" katanya)

Aku diam. "This is bad!" (ni tidak baik!) kataku dalam hati. Tapi semua yang boleh dilakukannya di dalam ambulans, telah aku lakukan. Aku cuma berharap Kaka dapat bertahan. Keadaannya umpama telur di hujung tanduk.

Aku mengambil sebatang lagi picagari mengandungi morfin dari kit yang aku bawa. Dengan bantuan Ron, aku suntikan melalui branula. Harap ini dapat membantu Kaka.

"Damnit..." terkeluar dari mulutku membuat Ron terkejut. Aku stress... Tertekan sangat.

Perjalanan yang sepatutnya singkat kini seperti bertahun-tahu lamanya. Masa dan semuanya terasa bergerak terlalu perlahan.

Ambulans cuba bergerak laju dengan siren berbunyi kuat. Tapi kenderaan trafik Kuala Lumpur ketika orang pulang kerja menukarkan KL jadi K-Yell kemudian menjadi K-Hell. Perjalanan yang boleh menjanjikan sepuluh minit tiba ke destinasi kini menjadi lima belas minit untuk separuh perjalanan.

Di lampu isyarat simpang empat Taman Permata-Taman Melawati-Lebuhraya MRR menjadi aral besar kerana kesesakan dan juga kerana Lebuhraya MRR di simpang itu menjadi lapan lorong.

Aku melihat Farah. Dia hanya tunduk mengadap lantai. Tiba-tiba perasan marah aku pada Farah timbul membuak-buak.

"How can you do that? You're a doctor for heaven sake" aku menjerit di dalam hati.

"Farah.... Wake up!!"

"Awak tu doktor."

"Pakar bedah lagi."

"Awak orang sains."

"Sepatutnya awal lagi awak sudah menguruskan Kaka ke hospital di mana peluang hidupnya lebih cerah."

KAKAWhere stories live. Discover now