Nota Pengarang : Bab ini (1/21) adalah sambungan daripada
Bab 1/16 PERJALANAN SPIRITUAL..
Akhirnya dia berada di pintu masuk café itu. Café de Bulan.Perlahan tapi bertenaga dia menolak daun pintu café itu sambil melangkah masuk. Setelah itu daun pintu dilepaskannya. Dia berdiri memandang ke hadapan.
Kelihatan sebuah bar di sebelah kirinya. Ada seorang barmaid membelakangkannya sedang sibuk menyediakan minuman.
Di hujung bar table berdiri seorang lelaki. Separuh umur. Berkulit cerah. Wajah bersih yang tidak kelat tetapi tidak pula gembira. Lelaki itu memakai suit, bertali leher dan semuanya berwarna cokelat tua.
Ya! Dia lah bos besar di sini. Dia tahu sangat kerana ini kali ketiga dia muncul di dalam NDE nya. Dalam pada itu dia belajar dan mengetahui apa fungsi bos dalam senario NDE.
Lelaki itu saling berpandangan dengan dia seketika sebelum si dia melarikan wajahnya dari melihat wajah bos.
Wajahnya dipalingkan ke kanan. Seperti yang dia jangkakan. Wajahnya bertemu dengan wajah kembar gemini nya.
Wajah itu kelihatan redup.
Dia menarik nafas panjang.
Dia melihat barisan tempat kosong dan memilih satu untuk duduk.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...