1/7 FARAH

160 17 17
                                    

"Nama penuh Farah ......... Farah Dahlia".

"Dr Farah Dahlia binti Ahmad".

"Dr Farah Dahlia binti Ahmad"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nor : Haaa .... Jadi doc ni lah Farah yang Abang Kaka sebut.

Dengan perlahan, lemah dia mengangguk senyum "Ya Nor. Sayalah Farah yang Kaka sebut-sebut".

Farah : Saya ada seorang kakak. Nama dia pun Farah. Farah Cempaka. Orang panggil dia Farah. Jadi orang panggil saya Dahlia. Kecuali kawan-kawan sekolah yang panggil saya Farah. Kaka kawan sekolah saya. Kami satu kelas sejak Form 1. Suami saya juga satu kelas. Kami semua bersama hingga ke UK buat degree".

Sambung Farah "Mama kepada suami saya mengambil Kaka sebagai anak angkat sejak dari lahir. Mama mertua saya juga seorang doktor. Dia seorang obstetrician - pakar perbidanan. Doktor yang menyambut kelahiran Kaka adalah mama mertua saya".

"Mama mertua saya hanya ada seorang anak. Kaka panggil dia abang. Mereka membesar sebagai adik beradik dan kawan sekelas. Orang yang Kaka panggil abang sekarang ini adalah suami saya".

"Yang awak dengar nama Has dalam perbualan telefon Kaka tu ...... ibu kepada Has adalah cikgu sekolah kami. Dia pun ambil Kaka jadi anak angkat dia. Jadi Kaka ada dua mama angkat".

Jelas kepada semua bahawa cerita Dr Farah terlalu personal. Terasa dia di bawah tekanan semasa menceritakan hal dirinya.

Bila Farah habis bercerita, dengan cepat Nor mencelah "Doc, saya minta maaf doc. Saya tidak patut bertanya" kata si gadis kolej kesal dan mengaku kesalahannya.

Ju : Yes Doc, you don't have to tell.

Farah : It's ok. Nothing to be sorry about. Sebaliknya saya yang patut berterima kasih sebab you all bantu Kaka masa dia perlukan bantuan. I'm very thankful and grateful to all of you.

Zu : Doc you're great doctor, Doc.

Farah tersenyum dan berkata "Saya biasa-biasa. Awak semualah hero sebenarnya".

Ita : Doc, so Doc nak buat macamana dengan Kaka. Nak hantar ke hospital atau ....". Dibiarkan ayatnya tergantung.

Farah diam sebentar. Dia tahu sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan.

Farah sedar dia menghadapi "tricky situation".

1) Kaka minta dihantar ke hospital. Satu permintaan yang sangat aneh bagi Farah. Kaka hanya akan pergi jumpa doktor khas yang merawatnya sahaja. Dia sangat bertegas mengenai hal itu. "No other doctors accept kalau Farah jadi doctor".

2) Kaka juga cakap hanya Farah yang boleh membantu dia. Ini berlawanan daripada permintaannya untuk dihantar ke hospital. Sebab Kaka patut tahu, sebagai doktor Farah perlukan peralatan perubatan. Hospital tempat terbaik buat Kaka.

3) Selepas memegang tapak tangan Kaka, Farah pula yakin dia hidup dan akan kembali sedar. Tetapi keyakinannya bukan berdasarkan kepada sains. Sedangkan dia seorang doktor. Sains adalah yang kedua baginya selepas agama.

KAKAWhere stories live. Discover now