9.00 pagi tadi aku gerak menziarahi tempat persemadian Aisyah. Sedih tak terkata. Mengalir air mataku.
Tiba-tiba aku teringat kedai ini semasa berjalan balik ke kereta. Itu membuat aku singgah sekejap. Masih teringat-ingat ketika aku duduk di belakang Aisyah, memegang tangannya untuk merasakannya bagaimana rasanya bermain gitar.
"Hai bro! Lama tak nampak... Tiba je muncul. Seorang pulak tu. Mana awek?" pengurus kedai itu menyapa dari sebelah kanan ku.
Aku menoleh sambil terus bermain terus bermain guitar buat seketika sebelum berdiri, bersalaman dan peluk Arab.
Aku menjawab soalannya dengan gelakkan.
Dia juga membalas dengan gelakkan.
Selepas itu, kami habiskan masa hampir sejam berbual sebelum makan tengah hari di restoran mamak yang berdekatan.
Semalam aku ke restoran Syed untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang kejadian petang itu. Bukan susah sangat kerana aku memang biasa di restoran itu dahulu. Soalanku mereka jawab dengan menyuruhku bertanyakan kepada Melawati Specialist Hospital (MHS).
Dari situ aku ke MSH yang memberitahu tempat yang sedang aku tuju.... Tanah perkuburan baru di Ukay Heights.
Kawasan ini baru dibuka, jadi tidak banyak lagi jenazah yang telah disemadikan. "Tidak susah nak cari ni!" kata ku.
Ketika menghampiri makam di situ, aku dapati tanah liat di situ agak basah dan melekit. "Hmmm... Habis kasut. Kena tukar dengan sandal ni!"
Ada kemudahan tandas disediakan dan ada pili air di luar. Tapak kaki kasut ku mesti dibersihkan dahulu lalu aku pun berjalan ke pili air tersebut.
Semasa membersihkan, aku perhatikan ada seorang perempuan berjalan memasuki tanah perkuburan.
Dia kelihatan santai. Bertudung biru muda, blouse lengan panjang warna biru muda juga, dikenakan dengan palazzo hitam dan memakai sandal.
Di tangan kirinya ada satu bag plastik kuning sederhana besar.
Dia berjalan tenang ke arah satu makam. Rasanya di sudah biasa menziarahi makam tersebut.
Setibanya, dia duduk mencangkung, melihat makam tersebut dan menyeluk bag plastik tersebut mengeluarkan sesuatu. Kemudian dia diam.
Dari belakangnya, aku tidak pasti apa dia buat. Mungkin sedang membaca surah Yassin.
Setelah beberapa ketika, dia menyeluk lagi bag plastik yang dibawanya mengeluarkan sesuatu dan menabur nya. "Bunga...." kata hatiku.
Kemudian aku lihat dia menarik keluar dari bagi plastik tersebut sebotol air mineral kecil lalu di alirkan di atas makam tersebut. Setelah selesai, dia diam seketika.
Sesekali kelihatan tangannya menyapu mukanya.
Aku tidak tahu kenapa aku tertarik pada perempuan tersebut.
Teringat aku pada bait-bait awal sajak Usman Awang... Gadis Di Kuburan...
Nisan condong tegak bertaburan
Gadis menangis kehibaan
Tidak ada padang perjuangan
Pahlawan gugur tergelimpangLari gadis menyembam ke tanah
Diiringi sedu menggoncang bahu
Tenang pahlawan dipeluk bumi
Senyum terakhir tenang tersembunyiKenangan lama bermain di hati
Pelukan dan kucupan kasih
Tidak ada garisan tepi
Kata dipadu, janji dikunci"Mungkin yang bersemadi itu adalah pahlawan hatinya!" tekaan ku.
Aku menghabiskan masa 40 minit melihat wanita itu sebelum dia pun berjalan ke keretanya dan pergi.
Setelah keretanya bergerak, aku pun cepat pergi ke tempat makam yang dilawati oleh perempuan tersebut.
"Adeh! Terpijak tanah liat basah pula. "
"Hmmm... Nak cepat punya pasal, sampai lupa nak tukar sandal. Ah! Takpelah!"
Aku pun terus berjalan sehingga aku tiba di makam yang ditaburi kelopak bunga mawar.
Aku mula duduk mencangkung seperti perempuan tersebut dan mata ku berlari melihat nama yang tertera di atas nisan.
Aku menangis sambil membaca nama itu.....Nota : Selepas seketika, gambar di atas akan dikeluarkan untuk menghormati Allahyarham. Fateha untuk aruah. Semoga dia diberkati. Aamiin.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...