Bila seseorang itu mati secara semula jadi, adakah otak atau jantung yang berhenti dahulu?
Secara amnya paru-paru berhenti dahulu mengakibatkan jantung kekurangan oksigen. Kemudian otak mula mati kerana darah tidak mengalir untuk membekalkan oksigen.
Akan tetapi dalam serangan jantung, jantung akan terhenti terlebih dahulu.
Tetapi jika sebuah kereta jatuh di atas kepala seseorang dan mengakibatkan saluran darah otaknya pecah (stroke), maka otak yang akan terhenti dahulu.
Sebagai seorang doktor bedah, aku amat faham akan hal itu.
"Kaka ada dua masalah besar.... Otaknya dan jantungnya."
"Terdapat darah beku dalam otaknya. Bahagian mana pembekuan itu terjadi tidak dapat dipastikan."
"Samada saluran darah pecah akibat pembekuan masih juga tidak dapat dipastikan."
"Sebabnya... Kaka belum lagi buat imbasan pada otaknya kerana jantungnya menerima tekanan yang kuat hingga sukar berfungsi. Punca tekanan yang menyebabkan jantung Kaka sukar berfungsi juga masih belum jelas."
"Dalam keadaannya sekarang, usaha hanya untuk menstabilkan jantung Kaka. Selepas itu barulah hal-hal lain yang bersangkutan dibuat."
"Kuncinya.... Kestabilan jantung Kaka."
"Jadi tak ada apa yang pasti pada Kaka di saat ini!"
"Kaka... Jangan tinggalkan Farah please!!" aku merayu dalam hati.
Pembekuan darah adalah satu proses semulajadi badan untuk menghentikan pengaliran darah. Semua orang pernah mengalami pembekuan darah. Bila seseorang itu luka atau cabut gigi, darah hanya akan berhenti mengalir keluar setelah ia beku.
Berbagai cara boleh dilakukan untuk menghasilkan pembekuan darah di luar badan. Masalah akan jadi rumit bila pembekuan darah terjadi di dalam badan (dalam saluran darah itu sendiri) dan dipanggil dengan istilah sains sebagai thrombosis. Ia boleh berlaku di mana-mana tempat dalam saluran darah.
Pembekuan darah boleh jadi setempat atau ia boleh berpindah tempat di dalam saluran darah.
Nota :
Atas : Sedutan Chapter 1/15 NDE(2) DIA - Abang mengidap sakit DVT di mana terdapat darah beku di saluran darah kakinya. Pembekuan darah tersebut pecah dan pecahan itu berpindah ke paru-paru menyebabkan abang dimasukkan ke ICU.
Banyak sebab yang boleh mencipta pembekuan darah seperti kencing manis dan darah tinggi dan stress pula boleh menyebabkan darah tinggi.
Pembekuan pula boleh terjadi di mana-mana seperti di jantung dan di otak (mengakibatkan stroke). Obesiti juga boleh menyebabkan pembentukan darah beku. Begitu juga kecerderaan dalaman hasil kemalangan.
Rawatan ke atas pembekuan darah tidak semestinya melalui pembedahan. Secara mudah ia boleh dilakukan dengan memasukkan ubat ke dalam salur darah melalui branula yang pada konsepnya dipanggil thinner iaitu mencairkan darah.
Keadaan yang lebih serius adalah memasuk wire ke dalam salur darah yang akan menebuk dan menghancur darah yang beku kemudian di sedut keluar.
Cuma jalan terakhir adalah melalui pembedahan. Keadaan akan sukar jika ia melibatkan jantung (cardio) dan otak (neuro).
"Tapi itu semua memerlukan kestabilan jantung Kaka dahulu. Itulah kunci pada masalah sekarang!" aku mula rasa tertekan.
"Bila Kaka mula menggelepar seperti ikan di daratan, itu sudah kira perkara lain."
"Aku sudah dapat agak apa berlaku kerana aku ada pengalaman seperti itu dalam tugasku".
"Tak boleh jadi... Aku mesti jumpa Kaka sekarang. Tak kira...Aku mesti jumpa dia sebelum terlambat!"
Aku terus melepaskan diri dari pelukan Kat dengan paksa dan berlari masuk ke bilik ICU.
Tindakbalas badan Kaka seperti dia kena sawan (epilepsi) sebenarnya cuma tindakbalas (refleksi) badannya kerana otaknya sudah tidak lagi berfungsi (brain had shut down completely).
"Otak Kaka sudah mati!"
"Aku hanya ada beberapa saat lagi sebelum jantung Kaka berhenti dengan sempurna."
"Aku hanya mahu ada disamping dia bila dia pergi buat selama-lamanya" aku mohon simpati pada Kat dan petugas yang menghalang aku.
"Jangan halang aku!" aku merayu
"Tolong jangan halang peluang terakhir aku!" aku merayu lagi.
"Pleaseeee......"
Tiba-tiba mesin degupan jantung mengeluarkan bunyi yang mendatar.
Degupan jantung Kaka telah hilang selama-lama apabila doktor yang ada bertanya ..."TOD?"
"Ya Allah..." aku memekik sekuat hati.
"Tolonglah hamba Mu ini!"
Doktor tadi ulangi pertanyaannya.... "TOD?"
Dan seorang petugas menjawab "1812!"
"Semuanya telah hancur!" keluh hatiku menangis.
"TOD adalah....."
" Time of death!"
"Waktu kematian..."
"Waktu kematian Kaka pada jam 1812."
.
.
.
Farah menangis sekuat hati dalam keadaan dia terjelepuk diatas lantai.Aku dan dua orang petugas memegangnya kuat untuk menghalang tindak-tanduknya.
Kini aku rasa sangat bersalah pada Farah dan melepaskannya.
Aku pula kini yang memeluk Farah dari belakang dan mula menangis sama.
Ketika ini organ dalaman lain aruah mula tertutup tidak berfungsi (shut down) satu-persatu.
(Selepas otak dan jantung) ..... Paru-paru, saluran darah, hati.... Dan yang terakhir sekali - buah pinggang (mengambil masa dua puluh minit hingga sejam).
Cuma kulit, tendon, injap jantung dan kornea yang masih hidup selepas sehari.
"Kaka dah takda Kat!" Farah meraung dalam tangisan.
"Kaka dah pergi!"
"Dia telah meninggalkan kita buat selama-lamanya!" raung Farah!
Aku hanya mampu menangis mendengar kata-kata Farah.
Kemudian aku terlihat darah.
"Ha! Darah??"
"Mana datang darah ni??" kata ku.
"Dari kawan doc rasanya" kata petugas dihadapan ku.
"Dia macam turun darah!"
"Dia keguguran tak?"
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...