3.42 minit petang. Sudah hampir 20 minit masa berlalu.
Ke tujuh-tujuh gadis yang terperangkap dalam hujan lebat itu kini terperangkap dalam situasi yang tidak dapat mereka bayangkan.
A dead man situation.
Bukan sahaja tidak disangka, hendak argue sesama sendiri pun tidak tahu bagaimana.
Kelompok di sebelah meja kiri dan kanan meja Kaka berada ditempat duduk asal mereka.
Hampir semua merenung lelaki yang berada dalam hidup dan matinya.
"Kasihan" itu sahaja perkataan yang mampu diluahkan.
Sekira-kiranya ajal untuknya menjelma, masalah akan menjadi besar. Untuk menerangkan kepada pihak berkuasa bukan sesuatu yang mudah.
Tetapi kerana ramai yang melihat peristiwa itu maka ia menghasilkan ramai saksi. Sekaligus melegakan perasaan takut gadis-gadis itu.
Dua orang mamak silih berganti menjengguk Kaka.
Bila terpandang gadis-gadis itu, mamak akan mengangkat tangan kanannya ke paras dada dan mengoyang-goyangkan ke kiri dan kanan untuk memberitahu tiada apa-apa perubahan. Dia kemudian akan balik ke tempatnya dan memberitahu rakannya dalam bahasa ibunda mereka.
Dalam hujan lebat, seorang perempuan bertudung merah berjalan masuk ke restoran Syed Bistro.
Setibanya dikawasan tertutup restoran, dia terus menutup payungnya sambil mengirai-ngiraikannya supaya air hujan yang yang terlekat mengalir ke lantai.
Setelah berpuas hati, dia pun berjalan ke arah tempat mengambil lauk pauk. Ada seorang mamak sedang menunggu khusus untuk menerima pesanan.
Mamak, beriyani tiga bungkus; dua kambing satu ayam.
Mamak : (dalam slanga kaumnya menjawab....) "Wokey".
Selalunya ada dua orang warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun petang itu mereka tidak kelihatan.
Seorang lagi mamak yang baru melihat keadaan Kaka berjalan cepat ke arah perempuan tersebut dan tanpa berlengah berkata "Kakak, itu kawan kakak ada sakit kuat. Kakak boleh kasi tolong sama dia?".
Mamak sangat mengenali perempuan itu kerana group Kaka mengunakan restoran tersebut sebagai tempat berkumpul mereka. Port mereka "bersidai".
Terkadang mereka yang beristeri membawa isteri masing-masing yang duduk di meja berasingan.
"Hah!! Kawan saya?!!" jawab perempuan itu agak terperanjat.
"Mana?"
"Sana juga!" jawab mamak sambil menunjuk ke arah Kaka yang duduk terkulai dengan kepala terlentuk mengadap ke atas.
Perempuan itu berumur pertegahan tiga puluhan, berwajah cantik, manis, cerah dan tenang. Dia baru selesai urusan kerjanya dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melawati.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...