1/2 DIA, GABA, VODKA & CERVICAL SPONDYLOSIS (1)

383 24 43
                                    

Dia sudah berkira-kira untuk mencuba sejak membaca lapuran FBI untuk terbitan awam tiga bulan lepas mengenai siasatan berhubung kematian teknokrat terkenal Steve Jobs - bos besar Apple Computers.

Jobs yang menahan derita barah otak dilapurkan mengambil barang terlarang marijuana dari pasaran gelap untuk melegakan kesakitanya suatu kebiasaan di Amerika Syarikat kepada pengidap kanser tahap 3 dan 4.

Bob Marley yang menahan derita sejenis kanser yang jarang dihidapi dengan ketumbuhan kanser di ibu jari kakinya dikatakan menghabiskan 1kg marijuana setiap 3 hari selama setahun sebelum kanser meragut nyawanya.

Ketika-ketika marijuana sukar diperolehi dari pasaran gelap, mendiang Jobs mengantikanya dengan dadah kuat jenis LSD atau sedikit marijuana diambil bersama dengan 6 hingga 8 biji pil Gaba atau ada masanya - pil Gaba dengan alkohol (wiski) sahaja untuk mendapatkan overwhelming effect (kesan yang tak terhingga).

Kesakitan yang si dia ini bukan lah berpunca dari kanser bahkan tiada kena mengena pun dengan kanser. Ianya tidak pun disebabkan oleh bakteria atau virus atau sebarang ketumbuhan. Ia lebih kepada sejenis kecerderaan.

Cervical Spondylosis -
Cervical di sini bukanlah merujuk kepada cervix (serviks) atau pangkal rahim tapi kepada tulang belakang di bahagian tengkok (7 ketul tulang semuanya).

Penerangan mudah bagi cervical spondylosis adalah sejenis kecerderaan slip disk tetapi di bahagian tengkok.

Ianya biasa terutama dikalangan warga emas dan ahli sukan. Cuma dia ini bukan ahli sukan atau warga emas.

Dan cervical spondylosis tidak membunuh. Jika si dia ini mati kerananya maka ia tercatat sebagai kematian pertama di dunia yang bersebabkan cervical spondylosis.

 Jika si dia ini mati kerananya maka ia tercatat sebagai kematian pertama di dunia yang bersebabkan cervical spondylosis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Walaubagaimanapun, from day one - dari hari pertama lagi semuanya "menyusahkan" mengenai penyakit ni.

Mula-mula dia mengalami gangguan kebas-kebas (kadangkala dipanggil semut-semut /needle and pins) di serata badan. Di tempat-tempat yang tak patut berlaku seperti di kepala, di dahi, di pipi, di perut. Very irritating (sangat menggangu). Tapi dibiarkanya juga sehingga berlarutan tiga, empat tahun.

Sehingga satu hari semut-semut terjadi pada tempat yang dia tidak pernah terfikir. Pada alat sulitnya.

Ketika itu kereta Lexus hijau tuanya melintasi kem tentera udara di Sg. Besi. Tiba-tiba dia rasa nyilu yang amat sangat pada alat sulitnya. Tersangat nyilu.

Dia hampir tidak percaya walaupun sedar bahagian itu sedang diserang oleh semut-semut. Dia tahu sebab ..... kawasan sulitnya bergetar. Getaran yang sama dirasai bila terkena semut-semut. Mujur dia berada di lorong paling kiri.

Sepantas kilat dia masuk ke bahu jalan .... pasang lampu hazard tanda kecemasan dan berhentikan kereta. Dia terus keluar dan lari ke bahagian sebelah kiri kereta.

KAKAWhere stories live. Discover now