1/9 NOR

169 18 16
                                    

Sepi.
Dia merasa sepi.
Hatinya merasa sepi.
Yang membuat dia bertambah hiba adalah kerana dia tidak dapat melakukan apa-apa usaha untuk memperbaiki keadaannya.

Hidupnya kini menunggu takdir Nya.

Hatinya perlahan-lahan mengucapkan dua kalimah agung itu. Berulang- ulang sehingga menjadi zikir.

Moga-moga pemilik kalimah itu bersimpati ke atasnya.

Perlahan-lahan dia menuruti urutan peristiwa yang telah dia lalui dengan membuat nota mental (mental notes).

1) Dia pass out di Syed Bistro dan mengalami NDE.

2) NDE sama seperti dia melakukan perjalanan Astral. Bezanya cuma dua :

2i)  Perjalanan Astral - dia boleh kawal seperti mengawal dirinya sendiri. Dia boleh melakukan apa sahaja. Dia boleh pergi kemana-mana.

Tetapi dalam NDE tidak. Semua sudah di set kan. Seperti dalam mimpi. Setting telah ditetapkan.

Seseorang yang mengalami NDE, akan dihantar ke satu tempat. Dia tidak boleh memilih. Di tempat itu dia menunggu samada dia hidup atau mati. Tempat itu mungkin sebuah rumah, cafe, padang dll. Tempat itu adalah tempat transit sementara menunggu keputusan hidup atau mati.

Jika hidup, dia akan kembali ke jasadnya dan bangun seperti orang yang bangun dari tidur.

Jika mati, dia akan dibawa ke tempat lain kerana dia tidak boleh kembali ke jasadnya. Jasadnya telah tamat tempuh. 

2ii) Alam NDE dan alam Astral berbeza. Seseorang yang melakukan perjalanan Astral tidak boleh memasuki alam orang yang mengalami NDE.

Alam Astral adalah alam tadbir. Alam yang terikat dengan usaha ikhtiar.

Alam NDE adalah alam takdir. Alam yang tiada lagi usaha ikhtiar.

Samada di alam Astral atau alam NDE, tubuh Astral seseorang menjadi tubuh sempurna tanpa kecacatan dan tanpa penyakit walaupun pada tubuh asalnya dia seorang yang cacat anggota atau seorang berpenyakit jantung.

Sebab itulah ketika Kaka masa kecil, otak Kaka memaksa tubuh Astral Kaka keluar dari badannya supaya organ badannya dapat mengimbangi tekanan kesakitan hasil kecerderaan cervical spondylosisnya. Di alam Astral, Kaka tidak merasai sebarang kesakitan.

Dan YA .... Untuk Kaka sahaja, dia boleh melihat dalam keadaan jaga kalau orang yang melakukan perjalanan Astral datang kepadanya. Malah boleh berbual dengan tubuh Astral orang itu.

3) Kaka dihantar ke sebuah kafe yang berada di bulan. Ini kali ke dua dia dihantar ke kafe itu. Itu sebabnya dia mengenali Cindy.

Jarang sekali seseorang dalam NDE dihantar ke tempat yang sama dua kali.

Sebab itulah Cindy tidak expecting Kaka walaupun Cindy kena menyediakan nescafe tarik; sama seperti kali pertama Kaka dihantar ke kafe itu.

Jika sebelum dia pass out dia minum nescafe, masa NDE pun dia minum nescafe. Jika dia sedang minum vodka, minuman sama akan dihidangkan.

4) Cindy hanya menerima senarai makan dan minum dan waktu yang tepat untuk
disediakan.
Untuk siapa?
Perkara itu Cindy tidak diberitahu.

5) Sebelum Kaka memasuki kafe, dia melaungkan nama Farah meminta pertolongan. Itu adalah usaha terakhirnya untuk menyelamatkan dirinya. Dia tidak tahu samada usaha itu berjaya atau tidak.

(Pada ketika itulah gadis-gadis di Syed Bistro mendengar Kaka seperti gaya orang mabuk menyebut nama Farah meminta pertolongan nya).

Setelah menuruti urutan peristiwa, Kaka tidak nampak bagaimana dia boleh berusaha di alam NDE untuk kembali ke jasadnya dan terus hidup sebagaimana yang diberitahu oleh Cindy.

KAKAWhere stories live. Discover now