2.3 Stiletto

60 8 5
                                    

Pergerakan hariannya sama setiap hari. Setengah jam selepas habis waktu perbankan, dia keluar minum di restoran mamak, lat 4 buah kedai daripada bank. Kadang kala bersama stafnya, kadangkala dengan penarik kereta. Walaupun sudah bertukar di cawangan Kuantan, gaya hidupnya tidak berubah. Makin besar ada sebab Kuantan adalah kampung halamannya. Dia anak Datuk Kuantan. Seperti di KL, perangainya mengundang ramai orang memusuhinya.

Selepas minum dia akan masuk balik pejabat. 30 minit ke sejam kemudian dia akan keluar dari bank, berjalan ke BMW 3.18 nya yang parking di hadapan bank.

Tapi hari itu hari malang buatnya.

Ketika dia kakinya hendak tekan pedal minyak, lalu seorang perempuan. Rambut warna karat besi, berkemeja T tanpa lengan sehingga terkeluar tali baju dalamnya, berseluar jeans ketat memegang sehelai kertas dan berhenti betul-betul di hadapan keretanya.

Manager bank tersebut yang agak panas dengan kelakuan wanita itu, menurunkan cermin tingkap dan berkata sesuatu.

Perempuan itu yang berkasut tumit tinggi mengangkat tangan seperti meminta maaf. Terdapat tattoo di lengannya.

Kemudian perempuan itu berjalan ke arah pemandu kereta tersebut menyerahkan kertas tersebut. Terdapat dialog antara mereka. Kemungkinan perempuan itu bertanyakan arah.

Selesai semuanya, perempuan itu menjenguk ke dalam kereta untuk mengambil kertasnya semula barangkali. Kemudian wanita itu membuka pintu kereta pemandu. Ternampak tingkap sebelah pemandu yang separuh tinted (gelap) dinaikkan semula.

Setelah menutup pintu itu kembali dia berlalu pergi dengan enjin kereta tersebut tidak dimatikan.

Semua pergerakan itu dirakam oleh CCTV bank dengan jelas.

Pagi esok baru orang sedar terdapat mayat di dalam kereta tersebut.
.
.
.

"I memang hati sakit sama itu branch manager!" Kenny berkata kepadaku.

"Lepas Cindy punya kes jatuh hantam itu kerusi belakang sudah kena coma, I pergi approached itu manager. Marah sama dia. Kasi warning jangan datang lagi itu BARREL."

"Tapi dia degil. Banyak lan si! (Cantonese - maksud berlagak)."

"Belakang my company punya transactions semua dia kasi kacau. Duit collections mau bank-in dia lagi tanya itu, tanya ini. Dia sudah tau apa!"

"Apa kita buat pun dia sudah tau. Kita bayar dia bulan. Bukan free service ma!"

"You pun tau dia datang sini dengan itu tarik kereta punya orang. India, Melayu. Dia dengan itu orang ingat dia banyak besar. Dia tak tau kita punya power!" aku diam mendengar cerita Kenny.

Tiba-tiba aku ketawa bila Kenny berkata "You pun tahu kan, itu tarik kereta punya orang ingat dia gangster besar. I tau you pun ada warning itu bank manager kan."

"Itu India badan besar cakap dia sorang pun boleh kasi hantam sama you. Belakang you ajak fighting belakang kedai kan. Tiga minit you sudah masuk balik."

"I pun tau itu hal abang!" kata Kenny.

Kata-kata terakhir itu yang buat aku ketawa sebab Kenny selama ini pandai berlakon pura-pura tidak tahu.

Pergaduhan one by one itu sebenarnya ada pertaruhannya. Siapa kalah tidak boleh menjejakkan kaki di BARREL lagi.

Kebodohan mereka sebab underestimate kekuatan lawan. Sepatutnya empat orang sekaligus lawan aku seorang. Baru mereka senang menang.

KAKAWhere stories live. Discover now