Dr Farah : Ok! Siapa lagi nak cuba?
Ju : Ita, you try lah. Fun lah. Cuba dulu.
Ju memberi dorongan kepada sahabatnya untuk mencuba.
"Ok! I'll try" jawab Ita.
Ju pun bangun supaya Ita dapat duduk.
Dr Farah : Ita tahu ya apa perlu dibuat?
Ita menganggukkan kepala tanda tahu.
Selepas beberapa ketika Ita berkata "Doc, tak nampak apa pun Doc! Kenapa?".
Dr Farah : Ok .... Lepaskan tangan Ita dari tangan Kaka dan buka mata.
Selepas Ita melakukannya, Dr Farah berkata "Ita tarik nafas panjang, tenang, stable yourself dan buat sekali lagi.
Ita mengikut nasihat Dr Farah dan mulakan sekali lagi. Tetapi sekali lagi dia hampa.
Dr Farah : Tidak mengapa Ita. Don't frustrated yourself. Nanti kita cuba lagi.
"Ok next! Siapa nak try?" kata Dr Farah.
Sally mencuba, gagal.
Zu mencuba, gagal juga.
AJ mencuba, juga gagal.
Dr Farah berkata "Ok, tinggal dua orang. Siapa nak dulu?"
Nor si gadis kolej menoleh ke arah Rini "Akak dulu lah!".
Rini membalas "Nor lah dulu!"
Nor menjawab "Akak dulu lah. Akak lebih besar (tua) dari saya".
Rini tergelak mendengar jawaban Nor, lalu berjalan perlahan ke tempat duduk kosong di sebelah Dr Farah.
Dr Farah "Rini tahu ya apa yang perlu dibuat?".
Rini mengangguk dan menjawab "Tahu Doc!".
Barulah Dr Farah perasan, Rini mempunyai suara husky (serak basah) tapi lembut. Pergerakannya pun lembut. Gadis cantik tinggi lampai ini menarik minat Dr Farah.
Rini mencuba, tetapi seperti dua gadis terdahulu dia gagal dalam kedua-dua percubaannya.
Dr Farah agak kecewa sedikit. Kemudian dia berkata "Ok Nor, giliran awak pula".
Tiba-tiba gadis bersuara husky lembut itu berkata "Doc, boleh Rini cuba sekali lagi tak? Last. Pleasssee!!".
Dr Farah merenung tepat kewajah gadis cantik yang meminta simpati darinya. Tidak sampai hati untuk dia berkata tidak walaupun seperti tidak adil kerana yang lain hanya membuat dua percubaan sahaja.
Tetapi kemudian Dr Farah menganggukkan kepalanya.
Rini pun memulakan percubaan ketiganya.
-senyap-
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...