Prequel 2

63 10 11
                                    

Reha menghampiri rumahnya namun pemikirannya masih berlegar pada hal yang jadi tajuk perbualan di wad hari ini. Di sepanjang perjalan balik menaiki Honda Cup C90 hal itu berlegar tanpa dapat ditepis nya. Dia terpaksa berjuang mengekalkan fokus di atas jalanraya.

Sesampai sahaja, seperti biasa dia menongkatkan motornya di bawah pokok durian dan berjalan hala ke rumahnya. Laman yang tumbuh rumput rapi dijaga oleh suaminya dengan baik. Selalu sahaja di mesennya.

Tiba-tiba dia terhenti. Perasaan marahnya terus saja hadir.

"Abang, kau jangan mengada-ngada nak keluar! Leher tu baru baik sakit !!"

Seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang dipanggilnya abang menjawab "Nak pergi rumah Leman. Dia ajak tengok bola."

"Ala, Cik Ha ni. Nak tengok je, bukan main pun."

"Aku kata tak boleh tu .... Tak boleh lah. Masukkkk......"

Budak yang dipanggilnya abang itu masuk dengan pergerakan yang kecewa bercampur unsur-unsur memberontak. "Kalaulah kau tau... hati Cik Ha menangis tiap kali marah kau. Tapi Cik Ha lebih sayang kau... Lebih baik tengok engkau kecewa daripada terlantar di hospital" Cik Ha memujuk hatinya.

Sambil menjinjit sayur dan barangan lain Cik Ha bertanya ketika melintas di hadapan abang yg baring di atas karpet, berlenging dengan jersey kuning Brazil menutupi mukanya...  "Kau dah makan?"

"Dah...."

"Makan apa?"

"Nasi goreng, Kak Tin buat" jawab abang sambil cuba melelapkan mata pada pukul 3.30 petang Khamis itu.

Pagi tadi agak heboh di kalangan staff wad bersalin mengenai bayi kecil comel yang telah diberi nama.

Masing-masing memuji nama indah bayi kecil tersebut. Sebenarnya yang menjadi sensasi di kalangan staf adalah bayi tersebut telah menjadi anak angkat kepada Dr Suraya yang menyambut kelahirannya.

Bayi yang diberi nama timangan Kaka meraih simpati staf kerana beberapa perkara tentang kesihatannya yang mengakibatkan kekurangan berat badan.

Akibat daripada itu bayi tersebut mengalami kesukaran pemakanan seperti penyusuan. Bayi tersebut juga kekurang lemak untuk memanaskan badannya dan terpaksa diletakkan di dalam incubator untuk pemanasan. Akibat kekurang pertahanan badan bayi itu akan mengalami kesukaran melawan penyakit.

Bayi tersebut juga bila menangis tidak akan berhenti melainkan dia di dalam pangkuan ibunya atau Dr Suraya atau ..... Cik Ha!!!

Cik Ha adalah staf yang paling lama berkhidmat di wad berkenaan. Dia ditukarkan dua belas tahun lalu, beberapa hari sebelum abang dilahirkan.

Itu sebab tiada siapa yang tahu bahawa dua belas tahun dulu, ada seorang bayi dilahirkan pada tarikh, masa dan nombor katil yang sama di wad berkenaan.

Bayi tersebut juga mengalami kekurangan berat badan dan terpaksa tinggal di incubator beberapa bulan sehingga Dr yakin badannya mempunyai daya tahan penyakit.

Ibu kepada bayi itu (abang) bukan orang lain dengan Cik Ha. Pangkat duapupu. Dua tahun pertama abang penuh dengan rawatan perubatan. Tetapi selepas itu, abang hidup normal dan tiba-tiba membesar dengan kadar cepat. Dia meninggi.

Tetapi setelah memasuki darjah dua, abang mempunyai banyak masalah perubatan. Semuanya berpunya daripada salah satu tulang cervical nya (tujuh tulang di tengkok) yang bermasalah.

Satu daripada tulang tersebut di dapati mengalami degenerasi (pereputan) menyebabkan ia renggang dari tulang yang lain. Ini menimbulkan pula masalah neuro (saraf) yang menyebabkan kesakitan di bahagian tengkok.

KAKAWhere stories live. Discover now