"Alololo... Kesiannya.... Kenapa nangis dek?!!"
Budak perempuan itu terus menangis tanpa hiraukan pertanyaanku. Dia melihat sekeliling seperti mencari sesuatu. Mungkin mak ayahnya atau sesiapa saja yang dia kenali. Nampaknya dia gagal dan dia berterusan menangis.
Budak kecil perempuan itu berumur mungkin dua atau tiga tahun. Berbaju kurung bunga-bunga kecil dengan berlatarkan warna putih.
Kemudian aku perasan. Ada bintik-bintik kecil merah di wajahnya. Hmmm... Di tangannya pun ada. "Kena campak kut budak ni" kataku.
Aku pernah terkena demam campak. Terasa sejuk mengigil tapi suhu badan tinggi. Tekak kering. Kesakitan seluruh badan. Cik Ha memberi aku minum air kelapa muda dan selepas sejam dua, seluruh tubuhku penuh dengan bintik-bintik kecil.
Aku merasa sejuk. Cik Ha cakap panas dalam tu. Dia suruh aku pakai pakaian tebal. Kemudian diberi baju panas (sweater). Pakai seluar panjang, stokin dan diselimutkan dengan toto. Telan dua biji Panadol dan disuruh tidur.
Bila aku sedar, basah lencun kerana peluh. Cik Ha beri pakaian baru, baju panas baru, seluar dan stokin baru dan diselimutkan dengan toto baru. Begitu berulang ulang sehingga aku tidur peluh yang keluar cuma sedikit. "Dah keluar kat kaki bintik-bintik. Makna campak dah keluar habis. Ha! Panas dalam dah kurang" kata Cik Ha.
Dia telah menyiapkan serbuk putih sebagai bedak yang diperbuat daripada daun semambu. Orang India ramai tanam dan mereka panggil daun mapley. Bedak ini dilumurkan pada muka dan badanku supaya gatal-gatal dan miang campak hilang. Begitu juga bekas campak. Nanti tak handsome katanya berseloroh.
(Nota : Sekarang ini sudah mempunyai ubat untuk membantutkan demam campak dan penyakit sepertinya dengan syarat mestilah cepat mendapatkan vaksin awal)Aku mendapatkan budak perempuan itu dan mendukungnya. Menyapu airmatanya. Memberikan kucupan di pipinya untuk menenangkannya. Aku tidak takut jangkitan campak kerana sangat jarang orang terkena demam campak dua kali. Lebih dari itu aku fahami kesakitan yang kanak-kanak itu lalui kerana aku sudah merasakannya. Sedangkan ketika itu aku sudah darjah lima pun tak tahan kesakitan. Menangis.... Inikan pula budak sebesar itu.
Panas dalam yang kuat ketika demam campak boleh membuatkan terutamanya kanak-kanak menjadi sawan atau mengakibatkan kehilangan kekal pancaindera seperti penglihatan, pendengaran dan percakapan.
Aku pun masuk ke dalam rumah pengantin ikut pintu dapur untuk mencari ibu bapanya. Ketika itu sudah asar. Majlis perkahwinan sudah habis. Jadi yang tinggal cuma sedara mara dan kenalan rapat pengantin.
Malam itu aku tersedar jam dua pagi. Terasa sangat sejuk dan dahaga. Aku menelan sebiji gabapentin dan sebiji tramadol. Ni akan buat aku mengantuk dan tidur. Kemudian mengenakan stokin dan baju panas dan tidur dengan selimut yang tebal.
Jam 5 pagi aku tersedar. Habis basah lencun. Aku menukar pakain dan tidur balik dengan selimut tebal yang lain. Pukul tujuh lebih aku terpaksa menukar pakaian lagi atas sebab yang sama.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...