Akhirnya Farah bersuara "Ita, ada few things yang saya nak buat, selepas itu saya decide nak hantar Kaka ke hospital atau tidak".
Meja Kaka sekarang bersambung dengan meja gadis-gadis disebelah kanan Kaka. Mereka duduk di sekeliling meja-meja yang telah disatukan ketika bercerita kepada Farah tentang apa yang berlaku.
Perkara pertama yang Farah akan lakukan adalah penyisatan.
Dia berdiri dan melihat apa yang ada di atas meja Kaka.
Terdapat :
1) Gunting lipat kecil
2) Galaxy Note 12
3) Plastik yang berisi gabapentin dan tertera nama Melawati Specialist Hospital.
Farah diam sejenak.
Hmmm...
Seperti sesuatu yang dia tidak jangka.Nama pesakit, tarikh dan arahan pengambilan ubat dibiarkan kosong.
Nama ubat : Gabapentin 900mg.
4) 3 kelonsong kapsul gabapentin hujungnya telah digunting. Isinya sebanyak 2,700 mg telah disedut oleh Kaka.
5) Slip ubat Celebrex 200 mg. Ada dua bekas kosong. Farah tidak dapat meneka samada Kaka mengambil satu atau dua kapsul Celebrex.
Celebrex adalah ubat tahan sakit yang kuat untuk keradangan (inflammation), saraf dan sakit tulang.
Gambar: Gaba dan Celebrex.
Tidak ada seorang gadis pun yang bercerita Kaka mengambil ubat selain daripada gabapentin. Ini bermakna Kaka mengambilnya sebelum bercakap dengan Has.
Farah memandang gadis-gadis yang duduk di sekeliling meja lalu berkata "Boleh tolong saya tak?".
Mereka mengganguk hampir serentak.
Farah : Ita, awak ambil suit Kaka, awak periksa semua yang ada di dalamnya.
Ita : Kita nak cari apa Doc?
Farah : Dadah haram. Anything yang berupa pil, tembakau, serbuk .....
Gadis-gadis di situ terperanjat.
Zu : Doc! Abang Kaka penagih ke Doc?
Farah : Tak lah. Dia tak pernah ambil dadah haram. But just it case sebab orang yang mengalami sakit kuat ada yang mencampurkan ubat dengan dadah haram. Tetapi setahu saya, Kaka tak pernah buat macam tu.
Farah : Ju, Sally - awak ambil sling bag Kaka, bawa ke atas meja kosong, curahkan semua isi bag tu. Periksa semua barang dan poket bag tu. Tengok samada ada sesuatu yang meragukan ke tidak.
Farah : Yang lelain check pakaian Kaka, cari benda yang meragukan. Jangan terlepas satu pun poket.
Sedang gadis-gadis itu melakukan tugasan mereka, Farah sudah berkira-kira untuk langkah selanjutnya.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...