1/29 Tempat Jatuh Lagi Di Kenang

64 8 30
                                    

Trombosis Sinus Vena Serebrum (CVST) berlaku apabila bekuan darah terbentuk dalam sinus vena otak. Ini menghalang darah daripada mengalir keluar dari otak. Akibatnya, sel darah akan pecah dan membocorkan darah ke dalam tisu otak, membentuk pendarahan.

"Jika benar tanggapan ku bahawa darah beku telah terbentuk pada salur darah otak Kaka maka CVST telah atau akan atau sedang terbentuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jika benar tanggapan ku bahawa darah beku telah terbentuk pada salur darah otak Kaka maka CVST telah atau akan atau sedang terbentuk. CVST juga penyebab stroke. Jadi Kaka akan berdepan dengan masalah stroke ketika ini" aku mengeluh panjang dengan airmata mengalir walaupun mataku melihat Kaka dari luar bilik ICU.

Berdiri di sebelah kiri ku dan sedikit kehadapan adalah Farah. Matanya tidak berkedip memerhatikan semua hal dari luar bilik ICU yang berdinding kaca. Tidak seperti aku, kedua-dua tangannya melekap pada dinding kaca sedangkan aku berpeluh tubuh.

Farah adalah seorang pakar bedah. Jadi aku dapat rasakan bagaimana dia ingin sekali berada di dalam bilik itu. Aku pun begitu. Tapi apakan daya .... medical procedure (peraturan perubatan) menghalang kami.

Sudah dua kali defibrillator (alat CPR letrik) secara manual digunakan. Ini bermakna sudah dua kali degupan jantung (heartbeat) Kaka lemah atau hilang.

Pada saat-saat seperti itu telapak tangan Farah yang melekap pada dinding kaca bertukar menjadi genggaman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pada saat-saat seperti itu telapak tangan Farah yang melekap pada dinding kaca bertukar menjadi genggaman. Jadi aku mengambil keputusan memeluk Farah dari belakang untuk memberinya ketenangan.

Waktu inilah juga memori silam ku datang tanpa dapat dikawal. Ia melayang kebelakang... dua puluh lebih tahun dahulu.

"Pelajar-pelajar sekelian, esok awak semua akan terima kawan baru. Dia masuk lewat sebab dia tidak sihat masa hari pendaftaran dan minggu pertama."

"Kawan baru awak ni bukan lah kuat sihat macam awak semua. Dia ada penyakit."

"Jadi saya harap awak semua menerima pelajar ini dengan baik dan memberi bantuan kepadanya mana yang perlu."

"Baik, itu sahaja. Jangan lupa hantar kerja yang saya bagi esok" jelas Puan Balkis cikgu yang mengajar geografi dan juga cikgu tingkatan kami (form teacher).

KAKAWhere stories live. Discover now