Sesuatu yang dia tidak tahu dan tidak faham adalah perubatan dan cara doktor berfikir. Macamana hendak faham kalau matapelajaran biologi pun dia tidak pernah belajar di sekolah.
Akan tetapi dia tetap respect (hormat) pada doktor. Mereka adalah front liners. Sebagaimana cikgu, panggilan doktor akan kekal ke akhir hayat. Salute (tabik).
Dia kagum bagaimana dalam masa lima tahun seseorang itu boleh diajar mengenai segala hal tubuh badan. Serta mengetahui tentang kuman dan virus yang tidak nampak dan pengetahuan tentang segala ubat yang perlu dipreskripsikan kepada pesakit.
Tidak seperti kesilapan dalam Add Maths, kesilapan doktor boleh mengakibatkan maut. Maka sudah tentulah memerlukan orang yang hebat untuk menjadi doktor.
Tahap cervical spondylosisnya menjadi lebih serius.
Terdapat refleksi yang tidak terkawal seperti otot (muscle) bergerak-gerak sendiri (twitching) dan berlaku kekejangan otot (cramp) yang sangat kerap.
Kekejangan otot pula berlaku di bahagian yang tidak sepatutnya berlaku seperti di perut, jari tangan, jari kaki, peha, belakang badan, tengkuk.
Dua, tiga kali berlaku kekejangan di bahagian kerongkongnya sehingga dia bergelut untuk bernafas seperti lemas di dalam air. Mujur masih hidup.
Dalam diam dia risau sekira-kiranya kekejangan berlaku pada alat sulitnya.
Kalau semut-semut boleh menembusi kawasan larangannya, apa yang boleh menghalang kekejangan (cramp) memasuki daerah itu???
Tidak dapat dia bayangkan tahap kesakitan ketika itu.
Nak pekik pun tak tahu bagaimana ....
"Adoiiii !!!"
Atau
"Aaaaaa !!!!"
Atau
"Tolonggggg !!!"Dan sekiranya orang yang hendak tolong bertanya : "Kenapa encik???" ..... Apa yang perlu dia jawab??
Takkan lah nak cakap :
"Bang, kinabatangan saya dan buah-buahan saya cramp!!".
Mahu percuma kena sepak terajang.Gilaaaaa....! Gilaaaaa....! Kata hatinya.
Dan jika benar berlaku, mustahil juga untuk dia bercerita pada doktor. Lagi-lagi kalau doktor perempuan .... Sudah lah tu, jenis yang beauty-beauty (cantik-cantik), sweet-sweet pulak tu.
Kalau cakap juga samalah dengan berkeinginan untuk mati !!!
Kerja gila lah nak cakap hal-hal seperti itu.
Semua ini sudah menjadi tidak masuk akal !!!
Doktor membekalkan ubat Baclofen 10 mg (disebut sebagai 10 miligram) untuk atasi masalah ini.
Tetapi cuma sepuluh biji sahaja. Tiga kali pengambilan sehari.
Bermakna pada hari ke empat, kena datang ambil ubat. Kenapa tidak diberi bekalan untuk sebulan, dia pun tidak tahu. Dia cuma tahu doktor pasti ada alasannya.
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...