Takdir adalah perbicaraan dalam ilmu Tauhid. Ilmu Tauhid itu pula adalah ilmu mengEsakan Allah.
Ada 2 sahaja subject matters dalam ilmu Tauhid :
i) Allah
ii) Selain dari Allah
(kadangkala disebut dunia, munkinat, makhluk dll)Bila ada lebih dari satu perkara, contohnya : Ada 2 subject matters, maka hendaklah dibezakan.
Soalan :
Kenapa tidak dibezakan kapalterbang dengan gitar?
Jawapan : Kerana kedua-dua ya sudah pun berbeza.Soalan :
Kenapa tidak dibezakan kapalterbang Boeing 777 dengan Boeing 777?
Jawapan : Kerana keduanya sama.Jadinya kenapa nak dibezakan Tuhan dengan hamba?
Jawapan : Kerana ada perkara yang hampir-hampir sama. Sebab itu perlu dibezakan.Apakah perkara yang hampir-hampir sama itu?
Jawapan : Nama dan sifat nama (noun and pronoun). Juga perbuatan dan sifat kata (verb and adverb).Contoh :
• Allah wujud.
• Kita pun wujud.Wujud adalah sifat nama (pronoun).
Maka perlu dibezakan wujud Allah dan wujud kita supaya kita tidak keliru (Allah tidak keliru. Kita yang keliru).Allah adalah Laisa kamitslihi syaiun yang bermaksud :
Tidak dapat diumpamakan seperti firmannya:ِۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Yang terjemahannya ialah :
"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan DIA dan DIA lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
As-Syura 42 : 11
Maka apa yang dapat kita cakap mengenai Allah, hanya lah sifat.
Ilmu Tauhid di dalam mazhab Ahli Sunah Waljamaah (ASJ) ada dua pendapat iaitu Mazhab Asyahari dan Mazhab Matarudi.
(Mazhab = School of thought)Malaysia mengamalkan tauhid Mazhab Asyahari. Walaubagaimanapun Mazhab Matarudi dibenarkan.
Ilmu Tauhid Mazhab Asyahari di negara kita juga dikenali sebagai Sifat 20.
Maksud sifat disini adalah kita, sebagai hamba mewajibkan diri kita mempercayai bahawa mana-mana entiti yang mengaku Dia sebagai Tuhan, mempunyai sifat-sifat tersebut.
Argumen mengenai sifat patut dan layak bagi ketuhanan ini, dari 2 sumber iaitu :
i) Akal (logik) - juga disebut dalil aqli.
Masa ini lah kita bezakan dan tentukan bahawa sifat entiti yang kita panggil Tuhan itu apa?
Dan bukan Tuhan pula apa?Maka dari 20 sifat ini (yang juga dipanggil sifat wajib bagi ketuhanan) setelah dibezakan, lahirlah 20 lagi sifat yang dipanggil sifat berlawanan dengan sifat wajib ketuhanan (dipanggil sifat mustahil, sifat untuk entiti yang bukan Tuhan).
Jadi secara terperinci, ada 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil.
Contoh :
Wujud (Ada) lawannya Tiada.
Kita wajibkan diri Kita percaya bahawa Tuhan itu wujud (ada).
Kita menyangkal Tuhan itu tiada.Hayat (Hidup) lawannya mati.
Kita wajibkan diri Kita percaya Tuhan itu hidup dan tidak mati.Kalam (berkata-kata).
Kita mengaku Tuhan berkata-kata dan tidak bisu.Bagaimana cara Tuhan wujud dan hidup dan berkata?
Jawapannya :
Tidak dapat diumpamakan.
Laisa kamitslihi syaiun.Jika boleh diumpamakan, tentulah Dia (Tuhan) berupa-rupa (ada imej/image).
YOU ARE READING
KAKA
General FictionKita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan d...