1/17 KEMBAR GEMINI

190 13 64
                                    

Hampir 50 meter lagi untuk Dia sampai ke pintu Café de Bulan. Debarannya semakin kencang.

Jarak tinggal 25 meter lagi. Tiba-tiba dia rasa seolah-olah bulu roma di tengkoknya meremang.

Dia berhenti berjalan.

Sudah beratus kali bulu romanya naik meremang dalam hidupnya. Tetapi kali ni lain. Tapi dia rasa meremang kali ini dia pernah rasa. Bila ya? Dia cuba ingatkan semula.
"Hmmm..... dua kali" kata hatinya.

Kali pertama adalah pada bulan 6 (Jun) 12hb ..... Mungkin dua puluh lima tahun dahulu.

Kali ke dua di .....
.
.
.
Setelah menukar tempat duduk dengan wajahnya tepat mengadap bar tepat dan pintu masuk bar di sebelah kanan, Kaka juga menukarkan kalimah zikirnya.

Ditukar dengan sesuatu yang dikenali juga sebagai "Zikir Munajat Siti Fatimah Azzaharah" iaitu ayat ke 58 dari Surah Yaasin yang berbunyi :

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"

Sambil berdoa dan bermunajat di dalam hatinya.

Tiba-tiba dia rasa seolah-olah bulu roma di tengkoknya meremang.

Sudah beratus kali bulu romanya naik meremang dalam hidupnya. Tetapi kali ni lain. Tapi dia rasa meremang kali ini dia pernah rasa. Bila ya? Dia cuba ingatkan semula.

"Hmmm..... Ada sekali" kata hatinya.

"Di O'Hare International Airport".

"Di O'Hare International Airport"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ya .....

Di O'Hare international Airport.

Kaka pasti. Mungkin sepuluh tahun lepas.

[O'Hare - disebut O-Hair].

O'Hare International Airport adalah lapangan terbang yang besar dan sangat sibuk di Chicago, US.

Ketika itu Kaka sedang berjalan menghampiri barisan kerusi untuk penumpang-penumpang yang menunggu waktu penerbangan di sebelah kanan hadapannya.

Kelihatan seorang lelaki dengan pakaian lengan pendek berwarna hijau muda dengan corak kotak-kotak sederhana besar berwarna hijau tua dan kuning, berseluar slack berwarna hijau tua dan kasut berwarna cokelat tua sedang duduk sambil tangan kanannya berehat di atas lengan kerusi (arm rest).

Sedang Kaka menghampiri lelaki yang sedang duduk itu, tiba-tiba tangan kanannya di atas lengan kerusi jatuh terkulai.

Rupa-rupanya lelaki itu tertidur. Mungkin kerana terlalu penat.

Bersama-sama jatuh ke lantai adalah buku kecil pengembarannya (travelling pad) dan sebatang pen berwarna hitam dengan pencangkuk pen (pen clip) yang bersambung dengan cincin penutup pen (cap ring) bersadur emas.

KAKAWhere stories live. Discover now