"Ryeon. Mahu balik ke? Masih awal ni." perli Krystal. Faham sangat dengan sikap Ryeon yang suka ponteng kelas tepat jam 12.30 tengah hari. Kata nya mahu makan tteobokki dihadapan sekolah.
"Ala, jangan bagitahu orang lah. Aku laparlah. Lagipun, waktu makan tengah hari di sekolah ni lambat. Baik aku makan diluar saja." kata Ryeon. Terkedek-kedek dia memanjat tembok sekolah yang tinggi. Memandangkan dia pendek, terpaksa menggunakan meja yang disusun berdekatan tembok itu.
"Please, Krystal? Jangan tulis nama aku dalam buku disiplin? Aku malas nak dengar Madam Park membebel lagi." mata Ryeon dikerdip memohon perlindungan.
"Dah tahu apa yang kau buat ni salah, kenapa kau buat depan aku? Dah tahu aku pengawas?"
"Lagi bagus aku buat salah depan kau. Kalau buat salah belakang kau, rasa nya itu lagi teruk." kata Ryeon. Beg sekolah nya dicampak ke seberang tembok. Tangan dilambai-lambai lalu kelibat Ryeon hilang daripada pandangan Krystal.
"Tak bertaubat budak ni."
❇❇❇❇❇
"Berapa juta kali aku cakap. Jangan membazirkan duit! Tengok! Duit aku bagi ada bulan ini sudah habis." kata Seokmin. Ryeon hanya duduk sambil mendengar abang nya membebel daripada tadi.
"Lagi baik beli dahulu. Menyesal itu kemudian." balas Ryeon. Seokmin kesal mengenang sikap adik nya yang keras kepala. Duit tabung nya bukan nya cukup sangat pun. Kalau mahu mintak pinjaman daripada bank...sampai bila mahu berhutang?
"Kalau ibu tahu ni.."
"Lantaklah. Kisah apa aku?"
"Ibu pun kerja tahu? Dia berusaha cari duit untuk bayaran sekolah kau. Kau tu tau makann je." kata Seokmin..Plastik ditangan Ryeon digenggam erat. Geram mendengar ayat sebegitu.
"Aku nak masuk bilik. Nak mandi. Kau buatlah apa kau mahu." kata Ryeon. Saat pintu bilik dihempas, Ryeon melepaskan nafas berat. Baju sekolah yang masih disarung, terus ditukar. Rambut panjang nya diikat sanggul.
Di atas meja nya, terdapat banyak surat amaran daripada pihak sekolah. Asalkan ibu nya tidak tahu..itu sudah cukup. Masalah nya boleh diselesaikan sendiri tanpa melibatkan orang tua.
"Eh, rimaslah rambut ni. Aku nak potonglah." ujar Ryeon. Dia mengambil gunting di atas meja lalu melompat keluar melalui tingkap. Kalau abang nya tahu, habia Ryeon dibelasah.
❇❇❇❇❇❇
"Ya tuhann. Bila jiran sebelah ni nak bersihkan taik anjing dia?" bebel aku. Berbau sangat wangi ye. Mampu membuatkan orang sekeliling berasa loya tekak untuk makan jika bau itu masih ada.
"Wow, panjang juga rambut aku ni ye." ujar aku. Sudah paras pinggang. Tapi agak rimas kerana aku lebih suka hush cut.
"Macam mana nak buat hush cut heh?" aku menyelongkar video-video di dalam youtube. Agak susah juga memandangkan hanya aku sorang yang ingin memotong rambut.
Kalau mahu ke kedai gunting rambut, prrlu guna duit pula.
"Let me help you." seorang lelaki mengambil gunting di tangan aku. Rambut aku yang panjang mengurai dipotong sekali langkah. Pergerakan lelaki itu yang pantas dan dekat membuatkan aku berasa tidak selesa.
"Done." aku memegang rambut aku. Wow, sudah siap. Cantik pula tu. Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
"Terima kasih, saya tak tahu nak bayar macam mana." aku menoleh. Apa orang yang berada dihadapan aku ini penyapu ka? Tinggi betull.
Nametag lelaki itu aku lihat. Jung Sungchan. Kejap..satu sekolah dengan aku? Kenapa aku tidak pernah tahu?
Oh, aku kan jenis ponteng kelas.
"Terima kasih. Saya tak tahu nak balas macam mana." kata aku sambil menunduk. Sungchan tersenyum lalu memegang dagu aku. Terkejut? Sudah semesti nya ya.
"How about.. be my best friend? Itu sudah cukup daripada bayaran."
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan