"Kalau ada apa-apa, hubungi saya ye. Masih berbaki 20 hari saja lagi." aku mengangguk lemah. Saat cikgu keluar daripada kelas aku, tangan aku dengan gatal nya melihat isi kandungan syarat penyertaan.
"Kepala otak dia. Sekarang, orang suka komik cinta ." omel aku sambil menjuihkan bibir. Tangan aku menyelak halaman buku nipis itu sehelai demi sehelai. Mata aku tertarik kepada sesuatu.
"Yah. Gila ke? Kau percaya dengan bende ni?" Jaemin entah daripada mana merampas buku penyertaan tersebut. Aku bangun lalu berusaha untuk mengambil semula.
"Bagilah! Nanti koyak wei. Dalam tu ada surat!" jerit aku. Jaemin menggeleng lalu mencampak semula ia ke dalam bakul sampah.
"Eh. Kau gile heh? Kalau cikgu tahu macam mana? Kau nak kita kena denda?" tanya aku. Jaemin menggeleng lalu melangkah ke meja nya.
Lelaki ini ada masalah apa sebenarnya?
"Kau boleh lukis ke? Atau kau ada idea?" tanya aku. Jaemin menggeleng tidak tahu. Oh tuhan, adakah ini bermakna aku sahaja yang perlu buat kerja?
"Jaemin. Jangan macam ni. Kita sama-sama tolong antara satu sama lain. Pleaseee." aku melutut memohon ampun. Jaemin mengeluarkan telefon pintar nya lalu mengambil gambar aku.
"Ini sebagai bukti yang kau buat kerja. Jumpa kat rumah nanti." kata Jaemin. Aku merungut lalu mengambil beg sekolah di atas meja.
"Jaemin! Tunggulah!"
*****************
Ryeon duduk dibahagian astaka sekolah sambil menyisip air soya. Mulyt nya tidak henti-henti mengunyah roti mentega yang dibawanya pagi tadi. Tangan nya sibuk menyelak halaman demi halaman buku lukisan yang dibuat oleh Jaemin.
"Tapir benor. Lawa giler." kata Ryeon. Siap cantik berwarna. Maka, mudah lah Ryeon untuk mencetak nanti.
"Ryeon. Buat apa tuu?" Sungchan mencuit bahu sahabat nya. Ryeon menoleh lalu memberi ruang untuk Sungchan duduk. Buku lukisan di tangan Ryeon dirampas.
"Lawa nya. Kau lukis ke? Mesti menang punya nantii." kata Sungchan dengan penuh semangat. Ryeon terus mengunyah sambil menggeleng.
"Itu Jaemin lukis. Cantik kan? Tak sangka lelaki yang complicated seperti dia tahu melukis." omel Ryeon. Sungchan tersenyum kelat lalu melihat kembali lukisan itu.
"Bila nak hantar pada cikgu?"
"Lagi 2 minggu. Haih, aku rasa mesti tak sempat." Ryeon mengeluh lemah. Lukisan komik tadi diambil semula oleh Ryeon. Sungchan disebelah menatap Ryeon lama.
"Kau tak rasa ke Jaemin luahkan apa yang dia rasa?" tanya Ryeon. Sungchan terkesima lalu melihat kembali lukisan itu. Mata nya membulat melihat satu persatu babak di dalam komik itu.
"Mungkin, satu kebetulan. Mana mungkin Jaemin buat begitu." kata Ryeon. Sungchan senyum nipis sambil menggenggam penumbuk di tangan nya. Peluh mula menitik di dahi. Seperti nya Sungchan sudah tahu sesuatu.
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan