26 : Dancing in the rain

276 74 0
                                    

"Ini kerepek pisang aku lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ini kerepek pisang aku lah. Jangan habiskan." Ryeon merampas plastik kerepek pisang yang dicuri oleh Jaemin. Geram apabila melihat isi kerepek yang semakin lama semakin sedikit.

"Ibu mahu pergi kerja ke? Hari ini hari sabtu. Ibu jangan memenatkan diri sendiri." ucap Ryeon. Ibu nya semakin lama semakin tenat. Bila-bila masa saja boleh pengsan.

"Takpe. Ibu pergi kerja dulu." pintu rumah ditutup. Ryeon mengeluh lemah lalu melangkah ke ruang tamu.

"Yang dekat dapur tu tidak mahu balik rumah ke?" kata Ryeon. Jaemin bangun lalu duduk diruang tamu juga. Sekeping biskut dibelah dua lalu diberikan kepada Ryeon.

"Macam mana kerja? Ok ke?" tanya Ryeon sambil menekan punat alat kawalan jauh. Jaemin mengangguk perlahan sambil mengunyah.

"Kau pergi kerja malam ke? Nak aku teman kan ke?"

"Tidak perlu. Aku pergi dengan Sungchan." Jaemin menoleh. Mata nya kuyu seperti mahu menanyakan sesuatu. Anak mata nya terarah kepada cincin yang dipakai oleh Ryeon.

"Oklah. Aku nak balik." kata Jaemin. Kening Ryeon berkerut pelik melihat reaksi Jaemin yanh berubah secara tiba-tiba.

"Ala. Jomlah ikut aku makan tengah hari kat luar lepas niii."

******************

"Sabarlah. Bagi saya masa nak minum dahulu." omel Ryeon. Sungchan memberhentikan langkah nya. Mereka berdua singgah sebentar dibangku berdekatan.

"Ala, hari dah nak hujan. Saya tidak membawa payung." kata Ryeon. Itulah padah kerana terlalu tergesa-gesa keluar rumah. Semua bende lupa.

"Sungchan, awak tak balik rumah keluarga ke?" tanya Ryeon. Sungchan menggeleng lalu membuang plastik minuman ke dalam tong sampah.

"Saya tinggal seoramg diri dekat rumah sewa." jawab Sungchan. Disebabkan lelaki itu menghadapi masalah dengan keluarga, dia memutuskan untuk keluar rumah mencari ketenangan.

"Kalau awak makan, jangan segan-segan untuk datang ke rumah saya. Kat rumah saya ada banyak makanan." kata Ryeon. Sungchan mengangguk perlahan. Secalit senyuman manis terbit diwajah Sungchan.

"Rambut awak dah panjang. Tidak mahu potong ke?" tanya Sungchan. Ryeon memegang rambut nya. Tidak sedar rambut semakin panjang hingga ke paras bahu. Entah mengapa, dia terasa mahu menyimpan rambut.

Mereka berdua berbual sehingga tidak sedar hujan turun semakin lebat. Sungchan menarik tangan Ryeon lalu membawa ke suatu tempat.

"Awak. Hujan lah. Tolonglah. Nanti esok demam." kata Ryeon. Sungchan menggeleng tidak mahu. Dia berlari sambil bermain lopak air ditepi jalan.

"Cepatlah! Kalau tidak saya tinggal!" jerit Sungchan. Ryeon ketawa kecil lalu berlari mengejar Sungchan.

"Yah. Kepala awak ada lumpur tanah." Ryeon ketawa terbahak-bahak. Sungchan bermain dengan lopak sehingga tidak sedar rambut nya terkena sama.

"Muka awak dah comot." Sungchan membersihkan wajah Ryeon yang kotor. Ryeon ketawa kecil dibawah hujan yang semakin lebat.

Sungchan? Hanya mampu ketawa namun jauh sudut dihati menyimpan satu rahsia.



fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now