19 : Dear Dream

323 78 0
                                    

"Yah! Kang Seokmin! Kamu pergi mana malam semalam? Hari ini baru pulang?!" suara teriakan sang ibu membuatkan aku sedikit terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Yah! Kang Seokmin! Kamu pergi mana malam semalam? Hari ini baru pulang?!" suara teriakan sang ibu membuatkan aku sedikit terkejut. Telefon diletakkan di atas meja belajar.

"Ibu jangan sibuk lah ibu. Tolonglah, bagi Seokmin uruskan diri Seokmin dengan tenang. Ibu tak perlu risau." satu tamparan hinggap di wajah abang aku. Satu sampul surat dibawa keluar daripada poket apron ibu.

"Kamu dihalau daripada universiti?! Apa kamu buat Seokmin! Apa yang kamu buat selama ni?!" kolar baju Seokmin ditarik. Aku menekup mulut sambil mendengar butir bicara orang dewasa diluar bilik aku.

"D—dadah?" mata aku membuntang. Aku terundur kebelakang sehingga tersadung di meja. Tangan aku menggigil mendengar bende haram tersebut. Makanan itulah menyebabkan ayah tinggalkan kami.

"Bodo." aku meluru keluar daripada bilik. Wajah Seokmin ditumbuk berkali-kali. Segala perasaan marah aku dilepaskan tanpa memikirkan apa-apa.

"Kau gila ke abang! Kau nak tinggalkan ibu?! Macam ayah buat dulu?! Kau mahu jadi seperti ayah ke?!" jerit aku. Ibu aku memegang erat tangan aku menyuruh agar tindakan aku berhenti serta merta. Wajah Seokmin yang dipenuhi darah segar itu dipandang lama.

"Kau sama macam ayah! Dua-dua bodo!"

***********************

"Impian mahu mendapat kebahagiaan."

"Impian mahu menggembirakan kedua ibu bapa."

"Semua itu telah gagal."

"Ah.." aku terduduk melihat kaki aku yang luka akibat terlanggar meja tadi. Entah mengapa terasa berat kaki untuk melangkah. Lagi berat rasa mahu mengejar apa yang aku mahu.

"Kenapa?!" rambut aku diserabutkan. Air mata membasahi wajah aku. Terasa kesejukan malam itu mencengkam tulang hitam. Mata aku semakin kuyu dan memberat.

"Aku tidak mahu pulang ke rumah." getus aku. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Aku bangun lalu duduk di atas bangku di sebuah taman permainan. Kepala aku dilentokkan ke bantal kesayangan yang aku bawa.

"Lapar, penat." omel aku. Kepal terasa pening memikirkan satu persatu masalah. Boleh tak aku mahu keluar daripada dunia ini? Aku mahu bahagia seperti orang lain. Apa yang aku impikan selama ini, tidak tercapai.

"Dear Dream, just because your name is Dream....takkan aku tidak boleh mengejar engkau?" bisik aku.

Badan aku diangkat seseorang. Kali ini, aku tidak kisah apa jadi. Sudah penat hidup, baik aku mati sahaja.

"Sungchan?"

***********************

"Ah!" aku tersedar daripada tidur. Sinar cahaya disebalik langsir membuatkan bilik itu terang benderang. Jaemin duduk disebelah katil sambil memegang kain basahan.

"Luka tu." jari Jaemin ditunjuk tepat di tepi bibir aku. Aku mengeluh lemah melihat kesan darah di dahi dan bibir aku.

"Sungchan mana?"

"Dia sudah pulang." jawab Jaemin. Aku mengangguk. Jaemin bingkas bangun lalu melangkah ke dapur. Bau haruman masakan menaikkan selera aku yang kelaparan sejak malam tadi.

"Uwah, aku lapar." pinggan dan sudu diambil. Jaemin mencedok nasi goreng ke atas pinggan aku. Perut sudah berbunyi minta diisi.

"Terima kasih." balas aku. Dikunyah nasi tersebut dengan lahap sehingga ke titisan terakhir. Jaemin kekal diam dan tidak berbicara apa-apa.

"Ibu aku masih dirumah ke?" tanya aku. Jaemin menggeleng. Nampak nya sudah pergi kerja. Lupa pula yang hari ini merupakan hari rabu.

"Aku nak balik mandi." kata aku. Jaemin dengan pantas memegang pergelangan tangan aku.

"Takpe. Tinggal sini je. Kondisi abang kau dirumah tidak berapa baik." kata Jaemin. Mata aku membuntang. Ada lagi rupanya makhluk itu dirumah aku?

"Let's go, We take some fresh air today."




fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now