8 : take off

379 85 10
                                    

"Aingg

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aingg. Dah nak dekat periksa pun masih kena ada pendidikan jasmani ke?" tanya aku. Krystal menangguk sambil melihat buku catatan aku yang dipenuhi nota.

"Lah, sahabat aku ni dah bertaubat rupanya." bahu aku ditepuk berkali-kali. Alahai, ingat bahu aku ini bantal kah yang ditepuk berkali-kali?

"Cepatlah. Nanti kena denda." kata Krystal. Aku dengan rasa malas nya bangun lalu mengambil baju sukan untuk aku tukar.

"Kang Ryeon! Saya bagi masa 5 minit! Cepat!" jeritan Cikgu Wook Hee memgejutkan aku yang mamai akibat mengantuk. Kuat betul suara cikgu, sudah persis sebuah mikrofon.

"Ala, bilangan kelas kamu ni ganjil. Jadi, kamu duduk tepi dulu Ryeon." kata Cikgu Wook Hee. Aku mengangguk faham lalu duduk astaka sekolah. Mata aku hanya memerhatikan mereka yang bermain bola beracun dengan gembira.

Manakala aku kesenduan di sini.

"Yah! Dong Hyuck! Kau baling kuat sangatlah!" aku terkejut. Suara Krystal kah tu? Ada apa-apa jadi ke? Aku baru sahaja melelapkan mata selama 5 minit.

"Jaemin? Kau ok?" beberapa orang pelajar membantu Jaemin untuk bangun. Malangnya, lelaki itu agak sukar untuk bangun. Belakang badan nya seperti ada masalah.

"Ryeon, boleh bawa Jaemin ke bilik kesihatan? Ambil ubat sapu." aku mengeluh lemah. Bilik kesihatan itu jauh! Takkan aku perlu mendukung lelaki ini seorang diri?

❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇

"Nasib baik aku ahli angkat berat sekolah tau. Aku ni kuat orang nya." omel aku. Setakat angkat lelaki yang kurus kering ini apa lah sangat. Seperti angkat semut saja.

"Ok, mari kita tuam ais dulu." aku melangkah keluar daripada bilik kesihatan untuk meminta ais pada pakcik kantin. Syukur, kantin dekat saja daripada bilik kesihatan.

"Jaemin, aku dah—hikkkk!" aku menekup mulut menggunakan kedua belah tangan. Bila masa dia bangun? Dalam keadaan tidak berbaju pula. Apa ini miska?

"Ehem. Sudah bangun?" jaemin menoleh memandang aku tanpa sebarang reaksi. Aku cuba untuk melarikan pandangan namun tidak boleh.

"Aku nak tuam ais. Lebam kat belakang badan kau masih segar dan besar." kata aku sambil senyum kekok. Jaemin diam lalu mengangguk faham.

Oh tuhan, maafkan aku kerana telah berbuat dosa.

"Aku boleh buat sendiri. Takpe. Kau baliklah kelas." kata Jaemin. Aku menyerahkan secawan ais kepada Jaemin. Tanpa berlengah lagi, aku mengeluarkan ubat sapu di dalam peti kecemasan.

"Takkan aku nak biarkan ku buat sorangg. Kau tu ada dua tangan jee." Jaemin mengerang kesakitan apabila aku menekan bahagian lebam tersebut. Padan muka.

"Pabo! Sakit." kata Jaemin. Aku ketawa sinis. Seronok juga dapat mengenakan lelaki diingin ini.

"Ah, anak jantan kena tahan sakit. Baru nama nya lelaki yang kuat dan gagah!" jerit aku. Jaemin hanya menunduk tanpa membalas apa-apa.

"Tapi, sekuat mana lelaki itu pun...lelaki itu masih ada rasa sedih disudut hati nya."





fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now