"Eh kau! Tak habis-habis suruh aku buat! Aku baru lepas ampai baju!" jerit aku. Seokmin berlari tergesa-gesa sambil membawa beg baju nya. Dah serupa orang yang mahu lari rumah.
"Tolonglah. Aku kena pergi outstation ni. Nanti aku balik, aku bagi upah. Jangan lupa tau!" kata Seokmin. Saat pintu rumah ditutup aku mengomel kecil.
Adakah dia suruh aku membeli barang dapur? Maaflah, saya budak tahu makan saja.
"Takpe-takpe. Nanti petang sikit kita pergi." ujar aku. Aku masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan badan diatas katil. Malas pula mahu mandi. Takpa, kita wangi semula jadi.
"Hai Jaemin, selamat pagi!" aku membuka pintu beranda bilik. Lelaki itu duduk sambil mendengar lagu. Aduhai, ada sakit pekak pula ka?
"Jaeminn, helloooo." senyap tiada balasan. Lagipun, lelaki itu menghadap ke arah lain. Aduhai, terpaksa menggunakan cara lain. Aku berlari masuk ke dalm bilik lalu mengambil sehelai kertas. Setelah berjaya membuat kapal terbang kertas, aku melangkah keluar semula.
"Harap kena, harap kena.." aku mencampak kapal terbang kertas itu tepat ke kepala Jaemin. Akhirnya! Dia toleh semula.
"Kau nak apa." kapal terbang itu dikoyak kasar. Tak guna punya jantan. Mahu ucap selamat pagi pada jiran pun salah kah?
"Sah, laki ni memang ada masalah. Eh, sudahlah!"
❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇❇
"Kelas tamat pada hari ini. Pastikan kerja yang saya beri dibuat ye." Sungchan mengemas barang-barang diatas meja. Ryeon setia menunggu diluar pusat tuisyen tersebut. Kata nya mahu ajak beli barangan dapur.
"Maaf, saya buat awak tertunggu." kata Sungchan. Ryeon menggeleng sambil menepuk bahu Sungchan.
"Takpe. Aku tak kisah." balas Ryeon. Sungchan tersenyum lalu mengikut langkah Ryeon disebelah nya.
"Kau nak beli apa? Banyak ke?" tanya Sungchan. Ryeon mengangguk. Keluarga nya jenis beli barang dapur yang banyak kerana mereka kuat makan.
"Kau teman je. Kesian kau dah penat belajar. Bukan macam aku, tak buat apa-apa pun sudah penat." kata Ryeon. Sungchan berfikir sejenak sambil menjuihkan bibir nya.
"Dia macam ni , baik kau buat sesuatu tapi penat daripada kau tak buat sesuatu tapi penat." kata Sungchan. Otak Ryeon ligat memproses ayat-ayat yang dikatakan oleh Sungchan.
"Maksud aku..lebih baik buat sesuatu tapi penat supaya kita puas dengan apa yang kita hasilkan. Daripada tak buat apa-apa tapi kau penat jugak. Itu nama nya membazir tenaga." kata Sungchan. Ryeon mengangguk faham. Ada benar juga jata sahabat nya.
"Jadi, apa kata kau buat sesuatu yang boleh buat kau penat, puas dan gembira. Kau belajar ke, kerja sambilan ke..." kata Sungchan. Ryeon berjalan sambil ligat berfikir apa yang mahu dilakukan.
Lagipun, dalam masa sebulan saja lagi peperiksaan akan berlangsung. Takkan tiada apa-apa persediaan pula?
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan