31 : Puzzle piece

272 75 13
                                    

"Hai Jeno, selamat pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Jeno, selamat pagi." satu senyuman terbit diwajah Ryeon. Lelaki itu menyambut dengan sebuah senyuman kecil. Ryeon mengambil penyapu dibelakang dapur.

"Boleh ke buat? Kau masih belum sembuh." kata Jeno. Ryeon berdecit sambil menjeling. Semua orang tidak mempercayai nya, jadi gadis itu berasa rimas.

"Takpe. Aku boleh buat." kata Ryeon sambil memuncungkan bibir. Topi di kepala dibetulkan sedikit. Perlu bersiap sebelum jam 10 pagi untuk menyambut tetamu.

"Jeno, kita ada ke pekerja nama Sungchan?" tanya Ryeon. Kening Jeno berkerut pelik lalu menggeleng tidak tahu. Nampak nya Ryeon perlu sedar bahawa Sungchan itu sekadar mainan tidur sewaktu dia koma dahulu.

"Kau jangan paksa diri. Kalau tak, aku akan dimarahi oleh Jaemin." omel Jeno. Ryeon ketawa kecil lalu menjelirkan lidah nya tanda tidak mahu.

"Tak nak dengarr. Biar kau kena marah dengan Jaemin. Aku tidak kisahhh." kata Ryeon. Jeno menjulingkan kedua belah kata nya lalu melangkah ke dapur. Bunyi loceng berbunyi menandakan pelanggan masuk.

"Maaf, kami belum buka lagi—"

"Hai, Ryeon. Saya cuma mahu pesan hot americano 8 shot."

************************

"Sayang, apa yang awak buat?" tanya Jaemin. Ryeon sibuk mengira sesuatu menggunakan kalkulator. Seperti besar sahaja maslah yang dihidapi nya.

"Tiada apa-apa. Cuma aku tengah kira gaji bulan ni." kata Ryeon. Jaemin mengeluh lemah lalu memeluk pinggang isteri nya.

"Boleh tak tukar panggilan tu? Jangan ganas sangat. Ini tidak, panggil macam aura penyangak gengster kampung pisang." kata Jaemin. Ryeon menepis tangan lelaki itu.

"Suka hati mak bapak aku lah nak panggil apa pun? Kenapa? Tak hidup aman ke kalau menggunakan panggilan kau aku?" tanya Ryeon. Jaemin mengangguk laju.

"Kalau begitu, baik kau mati saja lah. Aku takkan tukar panggilan kita berduaa." jawab Ryeon. Wanita itu menyambung kerja nya yang tergendala.

"Yah, Na Jaemin. Mahu tidur ke?" tanya Ryeon. Lelaki itu mengangguk. Sudah larut malam. Jika Jaemin tidur lambat, dia akan bangun lewat. Itulah kitaran tidur Na Jaemin.

"Baik aku tidur juga. Kalau tak aku keseorangan." omel Ryeon. Lampu meja ditutup. Langkah diatur ke tandas untuk mencuci muka. Setelah itu, dia keluar.

"Kenapa? Saya nak tidur, awak sibuk. Eiii, dah sayang tu cakap saja lahh." kata Jaemin dihadapan muka pintu. Ryeon mengeluh lemah.

"Kau hanya fikir yang kau seorang sahaja ke yang kerja? Aku pun kerja juga." Ryeon menafikan hal tersebut, padahal dia takut gelap.

"Tepi, beri laluan vip mahu lalu." kata Ryeon. Jaemin memberikan wanita itu laluan untuk jalan. Terpaksalah beralah jika tidak buruk padah nya nanti.

"Jangan peluk boleh tak? Rimas." Ryeon mahu menggigit tangan Jaemin namun tidak kesampaian. Terpaksalah redho atas perbuatan lelaki itu.

"Sayang awuck." muka digesel. Ryeon dengan pantas berguling ke lantai lalu melarikan diri. Jaemin hanya ketawa melihat reaksi Ryeon seperti budak-budak.

"Aku tidak mahu kau sedih atas pemergian Sungchan. Sungchan hilang demi kebaikan engkau." bisik Jaemin.

fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now