29 : Don't need your love

281 71 6
                                    

"Ryeon ok?" suara lembut Puan Kang mengejutkan gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ryeon ok?" suara lembut Puan Kang mengejutkan gadis itu. Sejak daripada awal majlis lagi, keadaan Ryeon tidak berapa elok. Sekarang gadis itu sudah mandi agar badan nya segar.

"Jaemin sudah mahu pulang ke?" tanya Puan Kang. Jaemin mengangguk lalu memandang ke arah isteri nya. Wanita itu hanya duduk termenung.

"Sayang, jom balik." kata Jaemin dengan nada yang lembut. Ryeon tersedar daripada lamunan nya. Tak sangka sudah mahu keluar dariada rumah ini.

"Jangan sentuh aku lah." tangan Jaemin ditepis. Ryeon terus melangkah keluar daripada rumah. Puan Kang hanya mengeluh mengenangkan sikap anak nya.

"Tidak mengapa ke buat Ryeon begini? Harap Jaemin dapat pulihkan keadaan dia." kata Puan Kang. Jaemin tersenyum kecil lalu bersalaman dengan Puan Kang. Setelah itu, dia berlari keluar mencari isteri nya.

"Eh, lama ke menunggu~" tanya Jaemin. Ryeom duduk di buaian sambil merenung tajam. Saling tidak tumpah seperti pontianak.

"Kau mahu bawa aku ke mana?" tanya Ryeon. Jaemin mengeluh lemah lalu menolak buaian Ryeon daripada belakang. Semakin lama, semakin laju tolakan Jaemin.

"Jomlah balik rumah kita." kata Jaemin. Ryeon hanya diam tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mungkin, atas faktor hal berkaitan Sungchan juga.

"Saya tak kenal Sungchan tu siapa, tapi mesti dia seorang yang baik kan?" tanya Jaemin. Ryeon mengangguk laju. Jika dibandingkan dengan Jaemin, Sungchan lebih penyayang dan baik hati.

"Saya tak pernah jumpa Sungchan tu bagaimana dan saya mungkin tak boleh gantikan Sungchan, tapi boleh tak awak dengar cakap saya sebagai suami? Bukan—" Ryeon terus bangun.

"Kau tak boleh gantikan Sungchan. Kau tak boleh. Aku tak kenal kau. Jadi, kau tak boleh jadi Sungchan." kata Ryeon

*******************

"Sayang, buat apa tuu." Jaemin duduk di sebelah Ryeon. Wanita itu bangun lalu keninggalkan Jaemin seorang diri. Hubungan mereka tetap tidak akan sejak berkahwin.

"Jangan sibuk pasal aku lah." tangan Jaemin ditepis. Ryeon bangun daripada kerusi lalu melompat ke katil. Jaemin mengikut jejak langkah isteri nya dariada belakang.

"Kau kenapa tapir. Jangan ikut aku lah." kata Ryeon. Jaemin ketawa melihat reaksi Ryeon yang suka marah-marah. Saling tidak tumoah dengan sikap nya yang dahulu.

"Esok awak nak makan apa? Saya inhat nak bawa awak makan sedap." Ryeon menggeleng tidak mahu. Selimut ditarik hingga ke paras kepala. Jaemin memeluk isteri nya disebalik selimut.

"Pergilah! Aku tak perlukan cinta kau. Aku rimas." kata Ryeon. Jaemin sudah geram. Selimut yang menutup wajah Ryeon ditarik. Mata wanita itu sudsh merah dengan air mata yang bertakung dengan banyak.

"Apa lagi yang saya boleh buat supaya awak terima saya? Susah sangat ke?" tany Jaemin. Ryeon menolak Jaemin menjauhi nya.

"Aku nak Sungchan! Kau tak faham ke setan!"









fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now