35 : No longer

257 70 3
                                    







(Flashback)

"Kenapa ibu dan ayah perlu buat begini! Apa yang kita buat ini salah!" Sungchan menghempas kertas ujian nya. Markah nya telah ditukar dengan Ryeon atas sebab markah gadis lebih tinggi daripada nya.

"Biarlah. Asalkan markah kamu tinggi. Betul kan? Dengan itu kamu dapat sambung pelajaran ke luar negara." kata-kata Puan Jung cukup membuatkan hati nya pecah seribu.

Tidak sangka keluarga nya sejahat itu.

"Perempuan miskin macam tu...belajar pandai mana pun, selagi tiada duit untuk masuk universiti tiada guna juga. Duit itu segala nya." kata Tuan Jung pula. Kali ini marah Sungchan tidak dapat dikawal lagi.

"Sekurangnya dia baik! Kaya macam mana sekali pun, seagi hati busuk! Tetap miskin juga. Miskin budi pekerti." wajah Sungchan ditampar kuat.

"Perempuan tu, tak layak untuk sekolah di sekolah keluarga kita Sungchan! Ibu dan ayah dah buat keputusan untuk berhentikan dia daripada sekolah dan tarik keputusan peperiksaan kemasukan universiti! Kamu tak mahu lepaskan peluanh untuk masuk universiti ke?" tanya Puan Jung dengan suara yang nyaring.

"Penghuni rumah ni semua bodoh!"

**************************


"Kenapa peperiksaan anak saya tidak diterima? Kenapa? Anak saya meniru ke?" jerit Puan Kang. Terkejut apabila mendapat tahu keputusan peperiksaan Ryeon tidak diterima.

"Maaf, tapi kami tidak dapat berbuat apa-apa. Kami hanya mengikut arahan." kata staff wanita itu. Puan Kang sudah hilang arah. Bagaimana jika anak nya tahu? Sudah tentu Ryeon akan bersedih.

"Kenapa jadi macam ni..." kata Puan Kang. Sungchan hanya mampu memerhati daripada jauh Puan Kang bersedih seorang diri. Hujung baju nya digenggam apabila melihat Jaemin entah daripada mana munculkan diri.

"Puan kenapa? Sakit ke?" tanya Jaemin. Puan Kang bangun daripada tempat duduk nya. Air mata dikesat perlahan.

"Tiada apa. Cuma, Ryeon mungkin lepas ni takkan dapat sambung belajar." terang Puan Kang. Mata Jaemin membuntang mendengar penerangan ringkas itu. Amat mengejutkan.

"Takpe, saya akan pastikan Ryeon tidak akan tahu menahu akan hal ini. Jadi, sekarang mari kita pulang dahulu." kata Jaemin. Puan Kang tersenyum nipis lalu bangun perlahan.

"Nanti kita makan bersama ye Puan Kang. Lepas saya mandi, saya teman Puan masak." kata Jaemin dengan satu senyuman lebar dibibir. Sungchan tidak percaya akan sikap Jaemin itu. Amat berbeza dengan nya.

Takkan lah dia mahu berjumpa dengan Puan Kang pula? Kalau lah Puan Kang tahu yang ibu bapa nya lah yang menukar markah peperikasaan Ryeon, sudah pasti nya Sungcham akan dibenci.

"She no longer need me. She need Jaemin in her life. Kang Ryeon, I'm sorry."

fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now