42 : Run back 2 you

301 63 3
                                    

"Sungchan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sungchan.." Ryeon berlari memeluk lelaki yang baru keluar daripada bilik air. Jeno memberi laluan untuk Ryeon dan Sungchan berbual sementara waktu.

"Jaemin tipu saya."

"Ya, saya tahu."

"Hyeonji langgar awak dengan saya."

"Ya, saya tahu."

"Kenapa awak lari? Kenapa tak mahu saya jumpa awak lagi?" tanya Ryeon. Sungchan mengeluh lemah lalu mengusao rambut Ryeon yang sudah panjang mengurai. Gembira dia melihat perubahan Ryeon yang mendadak.

"Memang saya sudah tidak layak. Lagipun, saya yang buat awak tidak dapat masuk universiti." kata Sungchan. Ryeon menggeleng.

"Tapi kenapa perlu lari? Awak berisiko untuk mati tahu? Kenapa perlu menyorok? Kenapa kena—"

"Soalan penting sekarang ini, mana suami awak? Awak datang sini seorang diri?" suara Sungchan bertukar menjadi lebih tegas. Tidak mahulah berlaku penceraian antara mereka.

"Lelaki tu penipu! Adik dia yang merupakan sahabat kita waktu sekolah..bunuh mak saya! Awak rasa? Perlu ke saya berdiam diri?!" jerit Ryeon. Sungchan terdiam.

"Saya yang paksa Jaemin kawin dengan awak. Bukan Jaemin yang sorok saya, bukan Jaemin yang langgar saya. Saya yang arahkan segala nya." kata Sungchan dengan lembut. Ryeon terdiam.

"Ibu awak halang saya. Abang awak halang saya. Jadi, saya tiada pilihan. Saya tak mahu keluarga awak berpecah belah kerana saya." kata Sungchan. Air kata Ryeon dikesat.

"Baliklah ke Korea. Jaemin perlukan awak."

********************

"Kau kenapa Haemin! Kenapa kau bunuh ayah! Kau kenapa!" bahu Haemin digoncang-goncang. Gadis itu hanya mampu menangis apabila diperlakukan sebegitu.

"Sungchan sayang Ryeon sorang. Kau sayang Ryeon sorang. Kau tahu tak aku hanya pendam sakit seorang diri?! Hanya Ryeon yang dimenangkan! Hanya sebab pompuan tu, huru-hara semua bende!" tempik Krystal.

"Haemin, takde siapa sayang kau. Aku—"

"Ibu tinggalkan kita! Lepas ni siapa? Kau?! Sungchan?! Sungchan sedar daripada koma terus tanya pasal Ryeon! Kau rasa?! Kau rasa aku patut berdiam diri ke?!" suara tangisan tangisan Krystal membuatkan Jaemin semakin kusut.

"Haemin, aku ada..aku ada.." Jaemin memeluk badan adik nya dengan erat. Bahu Krystal ditepuk perlahan agar wanita itu tenang. Sejak ibu mereka tiada, Jaemin lah yang menguruskan segala nya.

Bunyi siren polis sama sekali tidak menghentikan perbuatan Jaemin. Hati nya sakit kerana perlu meninggalkan adik yang bakal dikenakan hukuman yang anat berat.

"Takpe. Aku ada.." bisik Jaemin. Cecair jernih nya mula bergenang ditubir mata. Tangan Krystal mula digari lalu dibawa ke dalam kereta polis. Jaemin terduduk dan tidak mampu bergerak.

"Aku sayang kau, Jaemin." kata-kata Haemin tadi masih terngiya-iya di telinga Jaemin. Selama ini, dia hanya pergunakan adik nya. Menyuruh melakukan itu dan ini.

"Aku minta maaf adik. Aku minta maaf.."

fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now