32 : Turn back time

271 69 6
                                    

"Kau mahu pulang awal? Tidak mengapa ke jalan seorang diri?" tanya Jeno

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau mahu pulang awal? Tidak mengapa ke jalan seorang diri?" tanya Jeno. Ryeon menggeleng tanda tidak mahu. Dia mahu pulang awal kerana Jaemin marah jika pulang lambat.

Gadis itu membongkok membetulkan tali kasut. Rambut panjang nya diselak bagi memudahkan dia untuk melihat. Baru dia sedar sesuatu yang dia ingati.

"Macam kasut Sungchan." kasut jenama converse itu diperhati. Tidak sangka pula ada kasut ini dirumah nya. Mungkin, hadiah pemberian Jaemin.

"Hai Kang Ryeon." suara seorang wanita mengejutkan Ryeon. Kelihatan seorang wanita yang memakai baju gaun putih pendek berserta beg jenama channel di tangan kiri nya.

"Ya, ada apa perlu saya bantu?" tanya Ryeon. Wanita itu membuka kaca mata dan terserlah lah wajah cantik dan rupawan itu.

"Saya Hyeonji. Selamat berkenalan." Ryeon menyambut salaman itu dengan kekok. Terasa takut untuk memegang tangan wanita itu atas sebab tangan Ryeon yang agak kotor.

"Mahu saya tumpangkan?" tanya Hyeonji. Kening Ryeon berkerut pelik. Tanpa ribut tanpa apa, dia ditumpangkan tanpa sebab. Lagipun, tidak pernah Ryeon berkenalan dengan wanita itu.

"Sayang." suara Jaemin mengejutkan Ryeon. Lelaki itu hanya tersenyum manis sambil memandang ke arah Hyeonji. Ryeon menepis tangan Jaemin dengan kasar.

"Dah berapa kali aku kata, biar aku pulang sendiri." kata Ryeon lalu melangkah masuk ke dalam kereta. Jaemin hanya melihat setiap langkah Ryeon hingga gadis itu masuk ke dalam kereta.

"Kau mahu cuba untuk kali ke -2 ke? Jangan harap Hyeonji."

***********************

"Kau ok?" Krystal membetulkan selimut tebal yang menyelubungi sahabat nya. Krystal baru sahaja tiba di Kanada semalam. Sekujur tubuh yang terlantar lama itu dipandang lama.

"Aku tidak mahu..Ryeon jumpa aku lagi." kata-kata terakhir lelaki itu membuatkan Krystal keliru. Hanya Jaemin sahaja yang mengetahui hal sebenar. Namun, abang nya tidak mahu menceritakan apa-apa.

"Sungchan, kau pasti ke keputusan kau betul?" tanya Krystal. Senyap, tanpa jawapan. Lelaki itu hanya terbaring dengan badan nya yang berbalut.

Semua nya perlu dirahsiakan demi kebaikan. Sungchan tidak mahu menanggung malu dengan apa yang dilakukan oleh ahli keluarga nya pada Ryeon. Bende lepas merupakan sesuatu yang menyakitkan.

"Kau lebih memilih Ryeon. Aku faham." tangan Sungchan digenggam erat. Kerana sahabat, perasaan nya dibiarkan dipendam agar semua nya tidak kucar kacir.

"Kau akan hidup. Aku akan pastikan kau hidup. Aku akan pastikan.." kaki Krystal mulai lemah lalu jatuh ke lantai. Air mata yang bergenang akhirnya jatuh juga setelah disimpan lama. Segala kesakitan dilepaskan.

"Aku lambat. Maafkan aku, Sungchan. Kau takkan jadi begini jika aku sempat menghalang Hyeonji." ujar Krystal dengan suara yang teresak-esak.

"Haemin, bukan salah kau. Jangan salahkan diri sendiri."








fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now