"Selamat pagi Ryeon." Jaemin menguntumkan senyuman manis bak madu. Ryeon memandang lelaki itu dengan perasaan menyampah. Sakit kepala nya melayan lelaki itu sejak semalam.
"Sudah makan? Saya bawa makanan." kata Jaemin. Ryeon menepis bekas makanan tersebut. Habis berterabur segala jenis lauk yang masih panas.
"Berapa kali saya mahu yakinkan awak yang Sungchan tu tak wujud? Awak terlalu lama koma dan bermimpi macam-macam. Saya tidak mahu awak sakit lagi." ucap Jaemin dengan lembut.
"Aku tak kenal kau. Jangan tunjuk muka tu dekat sini lagi!" tempik Ryeon. Jaemin hanya mampu memandang keadaan gadis itu dengan pandangan yang sayu.
"Kalau awak tak dapat nak ingat siapa saya, itu petanda yang bagus." Jaemin mengelus lembut rambut gadis itu yang semakin panjang.
"Bagi saya masa untuk pulihkan ingatan awak. Saya tak mahu awak sakit. Saya mahu awak sihat." kata Jaemin. Ryeon menggenggam hujung selimut. Perasaan nya bercampur baur.
"Bagaimana..aku mahu mengingati kau jikalau fikiran aku hanya ingat Sungchan—"
"Dia tak wujud. Itu hanya mainan mimpi, sayang."
******************
"Kau ni makin lama makin sihat. Ini lah Ryeon yang aku kenal." bahu Ryeon disenggol. Segala barang-barang Ryeon dikemas oleh Krystal. Hari ini merupakan hari perkahwinan Jaemin dan Ryeon.
Majlis dibuat kecil-kecilan atas faktor kesihatan Ryeon juga. Walaupun gadis itu sudah sihat, Jaemin risau jika berlaku apa-apa yang buruk.
"Tak payah, aku mahu berjalan sendiri." Krystal memberikan laluan untuk Ryeon berjalan. Ryeon membuka pintu bilik nya.
"Apa kau buat di sini?" tanya Ryeon terkejut. Jaemin menghulurkan tangan nya namun ditepis oleh gadis tersebut. Krystal hanya membuntuti Ryeon daripada belakang.
"Kau kenapa mahu ikut aku?" tanya Ryeon. Jaemin hanya tersenyum dan tidak menjawab persoalan itu. Terasa janggal berjalan berduaan tanpa sebuah perbualan.
"Kau boleh balik kot. Aku boleh balik sendiri. Krystal tumpangkan aku." kata Ryeon. Jarmin mengangguk lalu menggosok kepala Ryeon. Wanita itu dengan pantas menggigit tangan Jaemin.
"Huhu, darahh." Jaemin mengerang kesakitan. Krystal hanya mampu ketawa melihat si banag dibuli dengan teruk.
"Jangan lupa ye majlis perkahwinan kita kejap lagi. Awak jangan lari." Ryeon menggulingkan mata nya kerana menyampah. Terasa geli melayan lelaki yang tidak dikenali itu.
"Sayang, jangan begini please?"
************************
Keliru? Ya, itulah apa yang aku hadapi sekarang. Cincin aku, gambar aku bersama Sungchan..semua nya hilang. Yang ada cuma gambar aku berjalan bersama Jaemin. Itu saja.
"Ryeon, majlis dah mula." bisik Krystal. Aku sekali lagi mula rasa keliru. Kenapa aku tidak mengingati Jaemin? Kenapa aku hanya mengingati Sungchan dan yang lain? Kenapa semua orang berkata Sungchan itu tidak wujud?
Aku yakin Sungchan wujud. Tapi...
Aku masuk ke dalam pelamin. Jaemin memandang aku dengan senyuman yang manis dan lebar. Hal itu membuatkan aku teringat akan Sungchan.
Senyuman nya manis dan lebar.
Kenapa aku berasa tidak sedap hati? Semua orang memandang ke arah aku. Tersenyum manis seperti menyorokkan sesuatu. Jaemin memegang tangan aku lalu mencium dahi aku.
"Aku mahu Sungchan, bukan Jaemin."
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan