21 : So Am I

327 77 5
                                    

"Kerja? Tapi kau masih muda lagi untuk kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kerja? Tapi kau masih muda lagi untuk kerja. Adakah kau akan berpindah?" Jaemin menggeleng. Ryeon terpegun dengan tawaran kerja yang Jaemin dapat. Bukan senang untuk mendapat pekerjaan pada masa ini.

Mereka berdua berhenti dihadapan kedai gula-gula. Sudah satu jam berjalan mrncari kedai makanan, namun tiada satu pun yang menarik perhatian Ryeon.

"Mahu?" tanya Jaemin. Ryeon mengangguk laju. Setelah selesai, mereka keluar daripada kedai tersebut.

"Ke mana lagi kita mahu berjalan? Aku mahu balik dan tidur." omel Ryeon. Waktu etang sebegini sesuai untuk tidur. Lagipun, hari semakin panas dan bahang.

"Jom makan tteokbokki malam ini?"

"Kau hanya makan bende itu sahaja. Makan selalu tidak elok juga." pesan Jaemin. Ryeon mengangguk mengiyakan apa yang Jaemin katakan. Ada benar juga.

"Ayah suka makan tteokbokki." omel Ryeon. Jaemin menoleh. Ryeon hanya senyum kelat lalu memandang Jaemin juga.

"Kehidupan amat memenatkan." kata Ryeon lalu berjalan mendahului Jaemin. Lelaki itu hanya terkedu mendengar kata-kata Ryeon. Perempuan itu banyak melalui masa yang sukar.

Sama seperti Jaemin juga.

"Ayah tinggalkan ibu sebab perempuan, ibu tinggalkan ayah sebab dadah." getus Jaemin. Apa boleh buat, terpaksa lah dia menurut arahan daripada ayah nya tanpa sebarang bantahan.

"Kita sama Ryeon."

******************

"Ha? Tawaran universiti luar negara? Bagaimana kau dapat secara tiba-tiba?" tanya aku pelik. Universiti di Jepun pula itu. Bagaimana boleh dapat tawaran luar negara sedangkan baru minggu lepas Seokmin dibuang daripada universiti.

"Ada orang tawarkan. Ah, kau tidak perlu masuk campur." kata Seokmin. Aku mengeluh lemah lalu menyisip jus apple di dalam cawan.

"Kau jangan ambil dadah pula di sana." kata Ryeon. Seokmin mengeluh lemah. Rambut panjang nya diselak ke tepi. Bukan apa, aku risau jika dia bertindak untuk makan natang itu.

"Jangan risau. Aku tahu diri aku." zip bagasi di tutup. Seokmin masuk ke dalam bilik nya. Tinggallah aku seorang diri di ruang tamu. Ibu masih belum pulang kerana ada mesyuarat.

"Jaemin, apa kau buat dalam bilik aku?" terperanjat aku melihat Jaemin sedang bating terbongkang di lantai bilik. Aku lantas masuk lalu menutup pintu dengan perlahan.

"Pergi, pergi." tangan aku menghalau Jaemin agar dia menjauhi katil aku. Disebabkan bilik aku bersepah, keadaan menjadi sempit.

"Kenapa? Pergi balik sana lah. Nanti mak aku balik dia nampak kau dengan bilik aku bersepah ni, habis aku dibebel." kata aku lagi. Eh, masih tidak berganjak lagi lelaki ini. Terbaring dilantai bersama bantal peluk aku.

"Aku tidak mahu kerja." kata Jaemin. Mata aku.membuntang mendengar luahan Jaemin yang aku rasakan tidak masuk akal.

"Kau kerja esokkan? Senang itu sahaja mahu menolak? Kalau begitu, baik kau tolak daripada awal sahaja." tempik aku. Jaemin bangun lalu mendekati aku secara perlahan.

"Keadaan kita berdua sama. Sebab itu aku tidak mahu bekerja."  kata Jaemin lalu mencuit hidung aku.






fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now