"Kau yang buat semua ni kan Hyeonji?! Kau yang buat!" wajah wanita itu ditampar berkali-kali. Jaemin sudah hilang sabar. Sepupu nya itu benar-benar melampaui batas.
"Kau boleh tuduh aku begitu saja? Hello, aku kenal ibu Ryeon pun tidak. Kau boleh senang menuduh aku sebegini?" Hyeonji berdecit kecil. Penat ditipu oleh semua orang.
"Aku dah serah diri pada polis. Itu sudah cukup. Kau mahu apa lagi?" tanya Hyeonji. Ryeon dihujung bilik terus melangkah ke arah Hyeonji lalu menendang perut wanita itu.
"Kau dasar perempuan bodoh! Pompuan kaya macam kau patut matiii!" Seokmin cuba untuk memberhentikan tindakan adik nya. Bende lepas, tidak boleh di ulang balik.
"Apa lagi yang kau nak! Kau tak serik nak hancurkan hidup aku! Kenapa?!" jerit Ryeon. Jaemin memicit dahi nya akibat terlalu pening. Krystal hanya diam tidak bertindak apa-apa.
"Sayang, cukup. Tolong.." Ryeon menepis tangan Jaemin. Muka nya cukup baran apabila memandang Jaemin lama. Wanita itu berlari keluar daripada rumah keluarga Na.
"Jangan risau. Biar abang pujuk dia." kata Seokmin. Jaemin mengeluh lalu terduduk lemah.
********************
"Saya dah habis gosok baju. Nak saya gosok baju awak sekali ke?" tanya Jaemin. Ryeon hanya diam tidak membalas apa-apa. Daripada minggu lepas, mereka tidak bertegur sapa. Entah sebab apa, tidak pasti.
"Awak! Baju saya terbakar! Apa ni!" jerit Ryeon. Jaemin yang terleka tersedar daripada lamunan lama nya. Banyak bende difikir dalam beberapa hari ini.
"Ryeon! Tunggu!" jeritan Jaemin menggegarkan seisi rumah. Dia tidak sengaja berbuat demikian. Meroyan lah si isteri dibuatnya.
"Saya tak sengaja. Maafkan saya. Nanti saya beli baru." kata Jaemin. Ryeon merengus geram. Bergenang air mata nya melihat baju yang sudah hangus terbakar. Itu merupakan hadiah yang diberi oleh arwah ibu nya.
"Awak tak faham! Ini baju yang ibu saya belikan! Dia susah payah simpan duit beli baju ini untuk saya!" jerit Ryeon. Jaemin memeluk isteri nya dengan erat sambil memohon maaf berkali-kali.
"Saya tak sengaja. Maafkan saya. Tolong, saya tahu awak tak dapat terima kenyata—" Ryeon menepis tangan Jaemin kuat. Lelaki itu sudah rasa tercabar.
"Awak kenapa ye?! Ada masalah? Ada apa-aa yang mahu dikatakan?! Cakap sekarang! Apa yang awak mahu?!" nada suara Jaemin mulai meninggi. Ryeon berdecit kecil
"Saya nak tanya awak sekarang ni. Betulkah hal berkaitan rumors di dalam berita? Awak cakap sekarang!" Ryeon menunjukkan akhbar berita yang sudah tersebar luas. Ternyata Krystal didapati bersalah kerana membunuh Puan Kang dan ayah nya. Jaemin berasa tidak percaya.
"Krystal tu adik awakkan?! Ouh lupa..Nama dia Na Haemin. Pandai betul adik beradik menipu selama ini?" kata-kata Ryeon membuatkan Jaemin terdiam.
"Sungchan masih hidup kan? Awak bayar semua orang yang kenal Sungchan! supaya diorang tutup mulut kan? Mana Sungchan!" Ryeon memukul dada Jaemin kuat.
"Apa lagi yang kau tipu aku? Kau cakap—"
"Sungchan yang tak nak jumpa awak! Bukan saya yang nak sorokkan dia. Saya tak bermaksud nak bunuh dia. Awak percaya saya akan buat macam tu? Saya tak buat!"
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan