16 : Candle light

331 81 4
                                    

"Huh? Dah siap?" mata Ryeon terbuntang luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Huh? Dah siap?" mata Ryeon terbuntang luas. Madam Lee membuka kaca mata nya sambil mengangguk. Ryeon agak musykil nmun secara tiba-tiba Madam Lee menyerahkan buku yang sudah siap dicetak.

"Buat-buat lupa pula. Ini buku nya. Kemas dan cantik. Saya berpuas hati." kata Madam Lee. Ryeon menyelak satu persatu halaman muka surat. Seakan tidak percaya apa yang dilihat.

"Oklah. Pergi balik sana." kata Madam Lee. Ryeon mengangguk lalu mengundur diri daripada bilik guru. Dia mengeluh lemah lalu tersenyum gembira.

"Jaemin suka buat aku risau." omel Ryeon. Saat dia ingin memulakan langkah, beg nya ditarik daripada belakang.

"Kenapa senyum seorang diri? Gila ka?" tanya Sungchan. Ryeon tersenyum sumbing lalu menepis tangan Sungchan.

"Eh, kau pun nak balik? Tiada latihan bola sepak ka?" Sungchan menggeleng. Jam sudah menunjukkan jam 2 petang.

"Jom cari kerja. Asyik duduk tak buat apa-apa, bosan juga." kata Sungchan. Ryeon berdehem perlahan.

"Kenapa? Malas? Dah habis periksa pun malas ke?" tanya Sungchan. Ryeon berjalan sambil menyepak batu kerikil di tepi jalan. Sungchan memegang tangan Ryeon lalu membawa ke suatu tempat.

"Hey. Lepaskan aku!"

****************

"Ei, gatal kaki aku." tuala yang tersangkut dikepala aku dicampak ke lantai. Kaki aku melecet akibat terkena air panas semasa di cafe tadi. Sudah masuk 2 hari aku bekerja disebuah cafe bersama Sungchan.

"Aik. Rumah Jaemin tu gelap je. Dia balik rumah mak ayah dia ke? Kenapa tak bagitahu aku?" pelik melihat rumah Jaemin disebelah yang gelap gelita. Mana lelaki itu pergi aku tidak tahu.

"Jaemin~" bisik aku. Mahu menjerit tapi hari sudah larut malam. Aku terus melompat masuk ke dalam balkoni bilik Jaemin.

"Yah, Jaemin. Kau kenapa duduk dalam gelap ni? Dengan lilin nya. Rumah tiada elektrik ke?" tanya aku. Hampir luruh jantung melihat Jaemin duduk di lantai seorang diri. Aku mengambil tempat duduk disebelah Jaemin.

"Sudah makan?" tanya aku. Jaemin menggeleng. Aku tidak berlengah lalu terbang balik ke rumah aku semula untuk mengambil makanan dan snek.

"Kau tak bayar bil elektrik ke? Aigoo." bunyi kunyahan keropok menghilangkan suasana rumah yang sunyi sepi. Jaemin hanya berminat untuk makan roti sahaja.

"Macam mana kau boleh tahu birthday aku haritu?"

"Mak kau bagitahu."

"Mak aku bagitahu atau kau yang tanya?" Jaemin terbatuk kecil. Aku ketawa melihat reaksi Jaemin yang gelabah tidak mengenal tempat.

"Kau tak buat apa-apa ke sekarang? Kau nampak lonely. Tiada kawan ke?" tanya aku lagi. Jaemin yang sibuk minum air terus terhenti.

"Ada, tapi kawan aku bukan sekolah sama dengan kita." jawab Jaemin. Kami berbual hingga tidak sedar lilin yang dipasang oleh Jaemin sudah terpadam.

"Lilin dah padam. Hari pun dah gelap. Kau patut tidur. Ah, kejap ye. Biar aku kemas." segala jenis keropok mak datin yang bersepah diatas lantai dikemas oleh aku. Yang makan nya aku, bukan Jaemin.

"Let's sleep together."









fake rumors. jm ft sngchn✔Where stories live. Discover now