"Bodo!" tangan Jaemin hinggap tepat diwajah sepupu perempuan nya. Wanita itu bangun terhuyu-hayang akibat dipukul teruk oleh Jaemin. Urat-urat hijau dileher dan tangan jelas kelihatan menandakan marah Jaemin masih belum reda.
"Kenapa kau buat Ryeon macam tu! Kau nak apa perempuan?!" tempikan Jaemin sama sekali tidak menakutkan gadis itu. Malah, gadis itu dengan galak memegang leher Jaemin.
"Susah sangat ke nak terima Hyeonji? Perempuan miskin tu tak layak duduk dengan keluarga kita." tangan Hyeonji ditepis kasar.
"Kita berdua hanya saudara. Aku anggap kau seperti adik, tidak lebih daripada itu." jawab Jaemin dengan jujur. Hyeonji bertambah marah mendengar kata-kata itu.
"Aku cintakan Ryeon. Bukan kau. Apa yang kau buat ini salah! Kau langgar Ryeon sehingga dia koma 2 bulan! Sekarang, dia sudah sedar jadi aku akan teruskan rancangan aku!" kata Jaemin. Hyeonji hanya mampu ketawa melihat reaksi Jaemin.
"Kau pasti? Kau fikir aku tidak tahu apa rancangan engkau dengan Sungchan?" darah Jaemin berderau mendengar kata-kata Hyeonji. Lelaki itu menoleh kembali ke arah sepupu nya.
"Demi kebaikan kita semua, kau kena tutup rahsia itu dan menganggap Sungchan tidak wujud. Kau bagitahu apa yang kau mahu, aku akan tunaikan tapi dengan syarat rahsia itu perlu dijaga." kata Jaemin. Manik-manik peluh membasahi dahi Jaemin. Dia sanggup buat apa sahaja agar Ryeon selamat.
*************************
"Kau..mahu ke mana?" tanya Ryeon. Jaemin membetulkan baju kemeja nya. Dia tidak bolrh bercuti lama kerana ada kerja yang masih belum disiapkan di tempat kerja.
"Saya mahu pergi kerja sayang. Kenapa tanya?" ucap Jaemin lembut. Ryeon menggeleng sambil bermain hujung baju.
"Saya mahu pergi kerja." terbuntang mata Jaemin mendengar kata-kata itu. Sebolehnya, dia tidak mahu Ryeon untuk bekerja atas faktor yang tertentu.
"Erm, saya tidak mahu awak sakit. Lagipun, awak masih belum sihat. Saya ragu-ragu untuk membenarkan." jawab Jaemin. Ryeon mencebik sambil bercekak pinggang.
"Saya..tahu mesti awak tidak akan percaya kalau saya bertanya berkaitan Sungchan, tapi..awak percayakan saya tak kalau saya kata saya mahu pergi kerja? Awak percaya yang saya mampu bukan?" tanya Ryeon.
Jaemin berasa berbelah bahagi. Kalau ada apa-apa berlaku, dia takut dia tidak sempat membantu. Apatah lagi, waktu rehat nya ditempat kerja agak terhad.
"Baik, saya benarkan tapi dengan syarat. Awak kena layan saya malam ini—" tak sampat satu saat, perut Jaemin ditendang kuat. Lelaki itu jatuh terjelepok ke lantai akibat terkejut.
"Jangan cakap bende merepek lagi!" jerit Ryeon. Jaemin yang mengerang kesakitan terus mengangguk laju. Terbit rasa menyesal kerana bergurau sedemikian rupa bersama si isteri.
YOU ARE READING
fake rumors. jm ft sngchn✔
Fanfictiondia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan